Azean Irdawati Sakit Tenat – Makin Kritikal

 

Azean Irdawaty sakit tenat sekarang? dengar khabarnya makin kritikal sakit akak Azean Irdawaty sekarang.

Gambar ; bagi yang tidak mengenali Artis Malaysia berikut, inilah gambar kak Azean yang telah lama dalam industri lakonan. Antara drama lakonan beliau adalah 50sen.

Azean Irdawaty Sakit Tenat - Makin Kritikal

Umum mengetahui sejak aidilfitri lepas lagi aktress ini telah terlantar di hospital lantaran sakit Lymphedema. Ikuti artikel penuh Azean Irdawaty sakit tenat di bawah.

Sakit Azean Irdawaty Makin kritikal

Pelakon Azean Irdawaty , seperti laporan Mstar Online, merayu kepada orang ramai untuk mengadakan solat sunat hajat untuknya sebagai “hadiah” sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 tahun semalam.

Lihat sahajalah gambar dibawah ; raut wajah kak Azean tampak pucat dan boleh di lihat sakit yang ditanggung walaupun beliau sedang mengukir senyuman sekalipun.

sakit Azean Irdawaty Makin Kritikal

Azean berkata, keadaan kesihatannya semakin kritikal kerana penyakit Lymphedema: kesan pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payu dara sebelum ini.

Syukur Alhamdulillah, hari ini (27 Februari 2012) saya sudah 62 tahun. Saya nak minta “hadiah” sempena hari lahir saya. Boleh tak panggil orang-orang masjid buat solat hajat minta saya sembuh.

Dalam SMS kepada Mstar, Azean memberitahu dia merasakan tulang pada bahagian belakang badannya bertambah sakit manakala kakinya juga menjadi kebas. Badannya juga berasa panas. Tertekan dengan situasi yang dihadapi; dia memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan kesihatannya.

Saya rasa panasnya macam api dalam daging. Azab rasanya. Tolonglah saya (menunaikan solat hajat).

Beberapa rakan artis sedang berusaha untuk menguruskan solat hajat di beberapa buah masjid bagi memenuhi keinginan seniwati tersebut selain mendoakan kesakitan yang dialaminya itu berkurangan.

Marilah kita doakan kesihatan kak Azean Irdawaty memohon kepada tuhan agar dikurangkan kesakitan di tanggung beliau yang kini semakin kritikal.

 

Comments

  1. Angelo Piccoli says

    Saya mendoakan agar Tuhan memberikan kesembuhan kepada Puan Azean Irdawaty…kuatkan semangat dan jangan cepat putusasa…saya percaya ramai orang mendoakan yang terbaik buat Puan…

Leave a Reply