Gambar Majlis resepsi Lisa Surihani dan Yusry dah ada!! Mesti peminat dua selebriti ni tertunggu-tunggu gambar majlis resepsi perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry ini kan.
Boleh tengok Video Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry yang lalu dengan sekali lafaz bersama mas kahwin seutas rantai platinum di hotel marriod putrajaya. Kami juga ada kongsikan gambar Lisa Surihani dan Yusry yang menarik ketika majlis akad nikah mereka ini berlangsung.

Majlis resepsi perkahwinan Lisa dan Yusry ini pula dijayakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam dalam suasana yang sederhana seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Yusri dan Lisa telah sama-sama sepakat untuk mengadakan majlis persandingan mereka secara bersederhana sahaja.
“Saya tidak begitu memikirkan untuk membuat majlis gilang gemilang tetapi biarlah ia sederhana kerana apa yang penting nanti adalah majlis akad nikah. – yusry
Semoga terhibur dan selamat membelek gambar majlis resepsi Lisa Surihani dan Yusry di bawah.
Gambar Majlis resepsi perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry



















Tahniah diucapkan kepada Lisa Surihani dan Yusry dengan perkahwinan ini. Perkenalan selama setahun akhirnya sampai ke hala tuju yang baik. Pada artikel Lisa dan Yusri telah menceritakan detik perkenalan mereka yang sangat sweet. Meriah juga majlis ini walaupun mereka hanya mahukan majlis yang sederhana kan. Buktinya dengan Gambar Majlis Resepsi Lisa Surihani dan Yusry yang kami kongsikan di atas.
sumber gambar – beautifulnara & eszhan studio
