Keputusan Panggilan Temuduga Konstabel PDRM

 
Panggilan Temuduga Polis

Temuduga Konstabel PDRM 2011

Semakan keputusan panggilan temuduga konstabel PDRM 2011 untuk sesiapa yang pernah memohon jawatan konstabel lelaki di di Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tahun 2011, sudah boleh dibuat. Calon yang tersenarai namanya akan dipanggil untuk menjalani temuduga di pusat-pusat temuduga yang telah ditentukan. Keputusan Panggilan temuduga konstabel PDRM ini adalah berdasarkan permohonan yang telah dibuat oleh pemohon-pemohon sebelum ini hasil daripada iklan terbaru yang dibuat.

Pemohon-pemohon jawatan Konstabel (Lelaki) yang telah diiklan pada 27/02/2011 boleh membuat semakan surat panggilan temu duga melalui Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran mengikut alamat surat-menyurat calon.

Bagi calon-calon di Semenanjung Malaysia semakan boleh dibuat mulai 20/02/2012 (Isnin) dan calon-calon di Sabah dan Sarawak pada 25/02/2012 (Sabtu).

Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik / fizikal seperti yang diiklankan akan dipanggil menjalani ujian fizikal / temu duga mulai 04/03/2012 sehingga 20/04/2012 di pusat-pusat temu duga yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut sila lawati laman sesawang PDRM:

http://www.rmp.gov.my/

 

Leave a Reply