Program rumah mesra rakyat 1 Malaysia 2012? Kami bagi info tentang program rumah mesra rakyat 1 malaysia atau RMR1M 2012 di sini. Dari syarat borang permohonan RMR1M hingga ke bagaimana cara memohon juga.
Contoh antara rumah rakyat usang yang rasanya sangat berkelayakan atau layak memohon RMR1M.
Dapatkan info ini di bawah. Pihak kami sangat berharap rakyat yang ber kelayakan membuat permohonan melalui borang dan cara betul agar lulus permohonan program rumah mesra rakyat 1 malaysia atau RMR1M ini.
Tujuan Program Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia
Program ini diwujudkan oleh kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini. Program perumahan RMR1M ini membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa. Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi ‘Industrialised Building System’ (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa membabitkan sebarang tambahan kos kepada pemohon.
Kelayakan Memohon “Rumah Mesra Rakyat”
Kelayakan dan syarat memohon program rumah mesra rakyat 1 Mlaysia ini adalah haruslah warganegara Malaysia yang tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang or tidak sempurna.
Syarat kelayakan RMR1M lagi ialah mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan yakni tiada cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan atau Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.
Selain itu status berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan di ambil kira dalam memohon rumah mesra rakyat 1 malaysia (RMR1M).
Dalam pra syarat seterusnya adalah pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan. Namun terbaru kini kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini.
Bagaimana Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)?
Najib berkata borang permohonan untuk RMR1M boleh di muat turun di semua pejabat wakil rakyat melalui sistem ‘online’ bagi memudahkan pemohon memperoleh borang dan mengetahui status permohonan.
Harapan kami dari forblogger agar mereka yang layak akan lulus permohonan rumah rakyat 1malaysia atau RMR1M ini.

