Video Gol Malaysia Vs Jepun

by Malaysia Kini on 22 February, 2012

in Info Sukan

Share:

Keputusan Malaysia Vs Jepun 22 Feb 2012 semalam menyaksikan negara kita terus gagal mengutip sebarang mata di kelayakan olimpik London 2012. Peluang Malaysia untuk melangkah ke olimpik sebenarnya lebih awal tertutup sebelum ini selepas tewas buat kali kedua dengan pasukan Bahrain 5 feb lepas. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pemain Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan di atas padang tadi walaupun tewas 0 – 4 ditangan Jepun.

Malaysia vs Jepun

Gergasi bola sepak Asia itu berkenduri gol di Bukit Jalil selepas berjaya membolosi kubu pertahanan Malaysia yang pada awalnya nampak agak kukuh. Pesta gol Jepun bermula pada minit ke 35 menerusi Sakai Hiroki sebelum Osako Yuya mengandakan jaringan pada minit ke 44. Jepun selesa dengan jaringan 2 – 0 pada separuh masa pertama dan menambah dua gol lagi di separuh masa kedua menerusi Haraguchi Genki (minit-55), dan Saito Manabu (minit-60). Haraguchi Genki juga berjaya dinobatkan sebagai Man of the match oleh Samsung dengan persembahan mantapnya dalam perlawanan semalam. Berikut saya kongsikan video gol perlawanan antara Malaysia Vs Jepun.

Video Gol Malaysia Vs Jepun 22 feb 2012

Bagi yang ingin melihat video gol Malaysia VS Jepun ataupun perlwanan penuh boeh lah try search di google atau youtube kot ada video yang di rakam.

5.0

Previous post:

Next post: