Wan Shades Bakal Saman Rotikaya.com

by Malaysia Kini on 26 February, 2012

in Info Artis

Share:

Wan Shades Bakal Saman Rotikaya.com?? Kes berat ni kalau sampai Wan Shades nak Saman Rotikaya.com, blog hiburan yang terkenal di tanah air kita. Apa kes sebenarnya ni sehinggakan mahu saman menyaman?? Ok, kisahnya bermula apabila blog hiburan itu menerbitkan artikel yang dianggap menfitnah bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan Shades di laman blognya baru-baru ini.

Wan Shades saman Rotikaya.com

Artikel itu dikeluarkan dalam blog Rotikaya.com pada 20 Februari lalu dengan bertajuk Wan Shade Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun yang dikatakan secara jelas merujuk kepada dirinya. Bagaimanapun, artikel itu sudah dikeluarkan daripada blog berkenaan.

Wan yang juga pelakon drama atas nama cinta yang sedang hangat ditayangkan kini berkata, tindakan undang-undang terpaksa diambil untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan.

“Artikel yang dikeluarkan adalah satu spekulasi tidak benar dan ia mencemarkan maruah saya sebagai artis dan nama baik saya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia,” katanya pada sidang media di rumahnya di Taman Melati di sini, semalam.

Wan Shades memberi tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“Saya sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi,” katanya.

Beliau turut membuat laporan di Balai Polis Ukay Perdana pada hari sama selepas membaca artikel berunsur fitnah diterbitkan dalam blog berkenaan. Diharapkan kisah Wan Shades saman pengendali Rotikaya.com ini memberi pengajaran kepada blogger termasuklah diri saya sendiri.

5.0

Previous post:

Next post: