Alex Memperoleh 150 Dolar Sehari Dengan Jual Gula-Gula


Pernah tak anda terfikir anda mampu menghasilkan sejumlah wang yang banyak dengan hanya menjadi seorang penjual gula-gula? Seorang lelaki yang berasal dari New York telah membuktikannya. Alex hanya berjalan-jalan di sekitar kereta api bawah tanah sambil menjual gula-gula dan memperoleh ratusan dolar sehari.


Alex atau nama penuhnya Alex ‘Tracks’ McFarland dapat menghasilkan wang tunai sebanyak 55,000 dolar setahun dengan hanya menjual gula-gula dan biasanya, dia mampu membawa pulang sekitar 150 dolar sehari. Menurut Alex, dia mula melakukan pekerjaan ini sejak berusia 11 tahun. Dia melakukan pekerjaan ini kerana hendak mendapatkan wang sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

Menurut Mail Online, Alex kini telah menjadi salah satu raja gula-gula pada sistem transport publik di New York dengan 13 tahun pengalaman dalam menjual gula-gula. Ini dibuktikan dengan berbagai jenis gula-gula yang dijualnya.
“Dengan menjual gula-gula, aku dapat mengurus keluarga” katanya sambil tersenyum.
Ulasan 1malaysianews: Sebenarnya, apa saja pekerjaan yang kita ceburi boleh mendatangkan pulangan yang lumayan asalkan kita konsisten dan tidak berputus asa. Alex telah menunjukkan yang dia mampu menjana pendapatan yang lumayan dengan hanya menjual gula-gula.

Peringatan untuk kita semua, carilah pekerjaan yang halal walaupun gajinya sedikit. Tidak ada gunanya setiap bulan kita mendapat gaji berpuluh-ribu, berjuta-juta tetapi pekerjaan tersebut sudah ternyata haram di sisi agama.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top