gambar liyana jasmay dan tunang

Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay

Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay!! Majlis pertunangan antara Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan telah pun berlangsung di rumah Liyana Jasmay di Kemensah Height, Kuala Lumpur.

ramai juga artis wanita Malaysia yang bakal menamatkan zaman gadis mereka. Selepas Lisa Surihani, Scha, dan Irma Hasmie, kini Liyana Jasmay pula bergelar tunangan orang sebentar tadi.

Pada Majlis pertunangan itu juga, pasangan ini telah menetapkan tarikh pernikahan mereka pada 24 Januari 2013. Pemilihan tarikh perkahwinan itu dipersetujui oleh kedua- dua belah pihak keluarga.

Liyana nampak anggun dengan mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini pada majlis itu dan pertunangnnya ini sebagai bukti dia sudah bersedia memikul peranan sebagai isteri selain hadiah ulang tahun kelahirannya ke 24 yang jatuh pada 28 Mac.

“Alhamdulillah, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri,” katanya selepas majlis pertunangan tersebut. “Walaupun ikatan percintaan kami hanya tiga bulan, saya harap jodoh kami berkekalan sehingga akhir hayat.

Pada majlis pertunangan itu, Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan. Pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung.

Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay

gambar liyana jasmay dan tunang

Majlis pertunangan Liyana Jasmay

gambar tunang Liyana Jasmay dan Fathuddin

gambar keluarga Majlis tunang Liyana Jasmay

Tahniah Liyana Jasmay dan pasangannya. Tengok Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay kat atas ni semuanya senyum bahagia :)

Malaysia Kini

Hi Malaysia Kini adalah Admistrator di webberita.com, dan SEO Warrior + Social Manager di forblogger.net news portal. Malaysia Kini juga adalah salah seorang Repoter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

4 thoughts on “Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay

Leave a Reply