Bila agaknya Semakan keputusan SPM 2011 online dan SMS boleh dibuat? Mengikut sumber yang diperoleh Semakan keputusan SPM 2011 online (Sijil Pelajaran Malaysia) boleh disemak bermula 21 Mac 2012 (Sumber: Facebook KPM)selepas pukul 12 tengah hari di sekolah masing-masing. Pelajar juga boleh menggunakan kemudahan semakan online dan SMS yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Buat pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan SPM tahun lepas, anda boleh membuat semakan keputusan SPM anda bermula pukul 12 tengahari 21 Mac 2012 mengikut kalendar pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia. Semakan keputusan SPM boleh dibuat terus melalui sekolah masing-masing ataupun melalui perkhidmatan semakan online dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Cara Menyemak Keputusan SPM dengan SMS
Bagi calon yang ingin menyemak keputusan SPM secara online, sila ikut langkah-langkah di bawah:
Taip SPM<> No. Kad Pengenalan< >NoAngkaGiliran dan hantar ke 15888 atau
Contoh:
1). SPM 941118125961 BH009B193
2). Hantar ke nombor 15888

Cara Menyemak Keputusan SPM Secara Online
Bagi pelajar yang ingin menggunakan kemudahan internet untuk membuat semakan keputusan SPM Online, sila lawati laman web KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia). Paparan untuk membuat semakan akan dibuka pada hari keputusan SPM 2011 diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
P/s: Buat pelajar SPM 2011, selamat berjaya diucapkan kepada anda dan terimalah keputusan yang anda peroleh dengan penuh redha dan rasa syukur.


{ 2 trackbacks }