Amaran PAS Perhimpunan Bersih 4.0

by Black Hat on 30 April, 2012

in Info Politik

Share:

Amaran PAS perhimpunan Bersih 4.0 pula? ya kenyataan Hadi Awang memberi amaran PAS akan luncurkan perhimpunn Bersih 4.0 pula. Menurutnya ia akan dijalankan sekiranya kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya bebas dan adil.

Amaran PAS Perhimpunan Bersih 4.0

“Andainya tuntutan rakyat tetap tidak didengari, kami sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Perhimpunan Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima.

“Kami inginkan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang asepertimana amalan negara maju lainnya yang telah matang amalan demokrasinya,” ujar beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bersih 2.0 diadakan Julai lalu. Perhimpunan Bersih 3.0 pula adalah susulan kepada Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Ianya  diadakan setelah kira-kira sebulan selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Kenyataan beliau hari ini dikeluarkan susulan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di Kuala Lumpur semalam yang menarik ribuan peserta demontrasi namun berakhir dengan insiden ganas.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, bagi pihak pimpinan Pas, “saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya.”

Katanya lagi, ahli-ahli Pas telah membuktikan komitmen bersungguh sehingga jumlah yang besar berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal.

“Demikian juga rakyat yang datang dari pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan,” katanya lagi.

Abdul Hadi berkata, beliau sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandar raya Kuala Lumpur.

“Saya bersyukur kepada Allah dan semoga semua yang menjayakan perhimpunan tersebut diberi ganjaran Allah kelak.

“Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0,” katanya lagi.

Abdul Hadi menambah, pihaknya mahu kerajaan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di Malaysia.

“Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi.

“Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin (semalam),” tegasnya lagi.

Parti Politik Yang Menang Di Hati Rakyat PRU 13 Malaysia 2012

Banci : Sila Membuat Undian

[ KLIK SINI UNTUK UNDI ]

Jumlah Pengundi: 1464

  • PAS (46%, 678 Votes)
  • Barisan Nasional (39%, 573 Votes)
  • PKR (12%, 173 Votes)
  • DAP (2%, 26 Votes)
  • Lain-lain (1%, 9 Votes)
  • BEBAS (0%, 5 Votes)
Loading ... Loading ...
5.0

Previous post:

Next post: