Bayi Pecah Kepala Dipijak Bapa Sendiri

by Malaysia Kini on 18 April, 2012

in Info Riadah

Share:

Bayi Pecah Kepala Dipijak Bapa Sediri?? Semakin menjadi-jadi kes dera kanak-kanak dan bayi sejak kebelakangan ini. Bayi yang baru sahaja berusia 2 minggu teruk mengalami kecederaan parah di kepala dan rusuk akibat dipijak dan dipukul bapa sendiri.

Melalui sumber yang diperoleh dari Akbar Berita harian dan Harian Metro, bayi lelaki berusia 2 minggu itu meninggal dunia disebabkan tengkorak kepalanya pecah dan tulang rusuk yang patah. Kejadian yang berlaku di Taman Bernam Jaya, Tanjung Malim pada khamis lalu dipercayai berpunca dari pergaduhan suami isteri. Suspek yang juga merupakan bapa kepada mangsa dikatakan dalam keadaan mabuk ketika kejadian berlaku.

Sumber polis berkata, hasil laporan bedah siasat pakar patalogi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, di sini, mendapati selain dipijak bapanya, bayi malang itu turut dihumban ke dinding.

Menurutnya, mangsa dipercayai dihentak atau dihumban ke dinding oleh bapa kandungnya sendiri yang dikatakan berada dalam keadaan mabuk.

“Mangsa mati dalam keadaan terseksa apabila tengkoraknya hancur. Ada kemungkinan kepala mangsa dihentam sekuat hati pada objek keras hingga menyebabkan tengkoraknya pecah. “Doktor yang melakukan bedah siasat turut menemui kepingan dan cebisan tengkorak mangsa yang sudah pecah. Selain itu, tulang rusuk mangsa juga patah dipercayai akibat dipijak bapanya“ katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. Kes bayi pecah kepala dipijak bapa sendiri bukanlah kes dera bayi yang pertama kita dengar dan jumlahnya semakin bertambah sejak kebelakangan ini.

5.0

Previous post:

Next post: