FAM gantung Annuar Musa 2 tahun 6 bulan!! Semalam empat April disahkan FAM telah menggantung jawatan Annuar Musa.
Bergolak lagi dunia sukan bola sepak Malaysia (dibawah sedikit gambar himpunan tunjuk perasaan dari penyokong Red Warrior).
Dibawah ikuti berita penuh FAM Gantung Annuar Musa Semalam.
FAM Gantung Jawatan Annuar Musa
Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam memutuskan untuk menggantung jawatan Timbalan Presiden terhadap Tan Sri Annuar Musa digantung dua setengah tahun berkuat kuasa 4 April semalam.
Hukuman itu juga turut menetapkan bahawa Annuar tidak boleh mengemukakan rayuan untuk mempertahankan tindakannya itu.
Isu ini mendapat perhatian masyarakat menerusi kenyataan Annuar Musa yang mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia secara terbuka sehingga menimbulkan keraguan terhadap pasukan Bola Sepak Negara.
Tindakan Annuar Musa telah mendapat teguran daripada Presiden FAM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang mempertikai isu yang ditimbulkan Annuar Musa tanpa merujuk Jawatankuasa FAM.
Turut berang termasuklah Kelab The Red Warrior Kelantan yang membuat himpunan secara aman di Kota Bharu mendesak beli meletak jawatan atas tindakannya tersebut- 4 april 2012.
Sekian Berita FAM gantung jawatan Annuar Musa 2 tahun 6 bulan – via forblogger.

