Mansuh PTPTN

Gambar Demonstrasi Mansuh PTPTN 2012

Gambar Demonstrasi Mansuh PTPTN 2012!! Kami akan kongsikan gambar demonstrasi mansuh PTPTN yang berlaku semalam dan dihadiri lebih 300 mahasiswa.

Mansuh PTPTN

Anak-anak muda ini berkumpul dengan niat dan semangat yang sama iaitu untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.

Perhimpunan ini diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.

Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya “Najib Altantuya”, “Mansuh PTPTN”, “Jahanam Umno-BN”, “Musnah Rosmah”, “Reformasi” dan “Jahanam Najib.”

Mereka juga turut memaparkan kain rentang yang bertulis ‘Free education now!’, ‘Mahasiswa bukan robot’ dan ‘Mansuh PTPTN’.

Walaubagaimanapun, kumpulan berkenaan kemudiannya mula beredar daripada kawasan tersebut pada jam 3.30 petang dan berarak menuju Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Berikut saya kongsikan gambar keadaan sekitar demo ini berlangsung :

Gambar sekitar demo Mansuh PTPTN 14 April 2012

Sekitar demokrasi PTPTN

Demo mahasiswa mansuh ptptn

free education movement

education is not for sale

Mansuh ptptn 2012

hapuskan ptptn

Adam Adli mansuh ptptn

Ramai juga mahasiswa yang terlibat berdasarkan gambar-gambar demokrasi mansuhkan ptptn yang kami kongsikan ini. Agaknya apa hasil yang bakal mereka dapat selepas berakhirnya demo ini??

Malaysia Kini

Hi Malaysia Kini adalah Admistrator di webberita.com, dan SEO Warrior + Social Manager di forblogger.net news portal. Malaysia Kini juga adalah salah seorang Repoter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

6 thoughts on “Gambar Demonstrasi Mansuh PTPTN 2012

  1. memang dasar pemalas dan tak sedar diri mahasewel ni semua…. berhutang pandai bayar tak mau, mak bapak mereka ajar mereka macam tu kot, time susah merayu2 time senang lupa daratan. Banyak cantik muka mereka, tuntut hasil minyak dan kayu balak untuk tanggung hutang mereka sedangkan negeri utama yang mengeluarkan hasil tersebut terutama Sarawak tidak pernah minta macam2 malah sanggup berkongsi hasil tersebut dengan kerajaan pusat untuk kesenangan semua. sedangkan banyak lagi negeri yang perlukan pembangunan seperti sabah dan sarawak (luar bandar) dan negeri sarawak itu sendiri tidak sehaloba macam mahasewel ini semua. Mana akal dan kepandaian mahasiswa ini semua sampai tidak berpandangan jauh dan pentingkan diri sendiri. mereka tidak terfikir ke kalau semua kerajaan tanggung, dan semua benda nak free, last2 kerajaan kurangkan peluang pekerjaan kerana tak mampu bayar gaji pekerja dan takkan mampu membiayai pelajar yang benar2 cemerlang ke luar negara. dan kemudiannya kerajaan terpaksa menaikkan cukai, yang pastinya ini akan membebankan semua golongan masyarakat, sikit2 benda kena cukai, hanya kerana hendak tanggung hutang mahasewel yang tak berakal ini. dan nantinya tidak akan ada siapa yang hendak belajar bersungguh2 kerana kerajaan bagi sama rata semua kepada pelajar tak kira pandai atau tidak asalkan dapat masuk U, lepas keluar U pula, peluang pekerjaa kurang…. yang pastinya generasi akan datang akan menanggung musibah akibat dari tindakan golongan mahasewel ini… renung2kan lah..

  2. memang la agak susah bagi sesetgh pihak nak langsaikan hutang PTPTN ni..mcm saya, still student dh nk kna bayar balik…(hutang tu, walo bkn sendri yg berhutang..IPTS yang amek kesemua duit PTPTN, sedangkan saya dh pun berpindah dgn alasan mendapat tawaran IPTA…)…tak ke pasal nak kena bayar hutang yang kita sendiri tak amek…huhu..tp yer la kan..hutang tetap kena bayar..Alhamdulillah dah mula bayar setakat yg mampu…dan masih sambung study+kerja…hehe..penat dowh..(niat di hati..kalo la leh byr stgh kan ke besh…haha)

Leave a Reply