Hattan Dianugerahkan Gelaran Datuk

by Malaysia Kini on 27 April, 2012

in Info Terkini

Share:

Hattan Dianugerahkan Gelaran Datuk?? Hattan atau nama penuhnya  Mohd Sukri Shahabudin yang popular dengan lagu Bisa Bonar dan Rendang Tak Berbuah kini sudahpun bergelar ‘Datuk‘ setelah dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).

Hattan menerima anugerah tersebut daripada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan. Dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Pahang tersebut antara lain yang menerima gelaran Datuk ialah Ketua Pemuda UMNO Pahang, Datuk Abu Jimi Samad, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamed Suffian dan Anggota Undangan Negeri Panching Datuk Mohd Zaili Besar.

Tahniah kami ucapkan kepada Hattan kerana dianugerahkan gelaran Datuk yang kini bergelar Datuk Mohd Sukri Shahabudin.

5.0

Previous post:

Next post: