Hero Telenovela Endless Love Datang Malaysia

 

Hero telenovela Endless Love datang Malaysia? Wah, ini pastinya berita gembira bagi peminat drama bersiri Endless Love lakonan Dingdong Dantes dan Marion Rivier.

Dingdong Dantes datang malaysia

Siri Endless Love kini sedang rancak disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis melalui slot Telenovela di TV3. Drama bersiri terbitan GMA Network, Filipina ini merupakan adaptasi daripada siri drama Korea, ‘Autumm In My Heart’.

Dingdong Dantes atau nama asalnya Jose Sixto Raphael Gonzalez Dantes III bakal membuat penampilan eksklusif di Karnival Jom Heboh di Ipoh pada hujung minggu ini.

Dingdong Dantes Endless love

Sebelum siri Endless Love ditayangkan di Malaysia, Dingdong Dantes memang sudah dikenali di negara ini menerusi drama ‘Stairway To Heaven’, ‘Encantadia’ dan ‘Marimar’ yang telah bersiaran di kaca televisyen anda.

Ketika ditemui pada sidang media,  Beliau memulakan bicara dengan ucapan “Apa Khabar?”, membuatkan keadaan menjadi gamat seketika dengan keramahan yang pelakon ini tunjukkan.

Dingdong Dantes juga mengatakan yang beliau terkejut dengan sambutan yang ditunjukkan dan tidak menyangka mempunyai ramai peminat di Malaysia.

Buat penduduk Ipoh, anda sangat bertuah kerana Dingdong Dantes akan berada di sana selama dua hari sempena Karnival Jom Heboh. Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra dan mengenali beliau dengan lebih deka.

Artis popular Filipina tersebut akan berada di gerai Wanita Inspirasiku di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 28 & 29 April 2012. Mesti ramai peminat wanita di Malaysia gembira dengan berita Hero telenovela Endless Love datang Malaysia ni kan?? :)

 

Comments

Leave a Reply