Himpunan Bersih 3.0

by Malaysia Kini on 4 April, 2012

in Info Politik

Share:

Himpunan bersih 3.0 pulak!! Kali ini segelintir rakyat Malaysia mungkin akan mengadakan perhimpunan bersih 3.0.

Jika sebelum ini telah diadakan himpunan bersih yang besar (omg yang ini betul buat jammed jalan), dan himpunan hijau 2.0 yang dilakukan dengan kebenaran dan aman.

Himpunan Bersih 3.0

Kami dari forblogger tidak pasti sama ada himpunan Bersih 3.0 kali ini diadakan secara sah dan penuh ketenangan atau onar? ikuti berita dibawah.

Tarikh dan Lokasi Himpunan Bersih 3.0

Dalam Kumpulan Bersih Malaysia tampil sekali lagi dengan cuba meniupkan semboyan untuk menghidupkan perhimpunan Bersih 3.0 Malaysia tidak lama lagi. Dijangka tarikh himpunan bersih 3.0 dan lokasi pilihan :-

  • Tarikh : 28 April 2012 (hari Sabtu)
  • Lokasi : Dataran Merdeka (Kuala Lumpur)

Tujuan Himpunan Bersih 3.0

Berdasarkan laporan MalaysiaInsider, mengatakan yang tujuan himpunan Bersih 3.0 Malaysia kali ini memfokuskan reformasi yang lebih besar. Antara sebab mereka mahu mengadakan satu lagi versi perhimpunan Bersih ini adalah disebabkan :-

  1. Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) masih lagi dilihat gagal untuk menyelesaikan 8 tuntutan yang dibuat semasa perhimpunan Bersih 2.0.
  2. Lebih banyak penipuan dan bentuk manipulasi telah diperolehi.
  3. Tidak yakin Pilihanraya Umum ke 13 akan adatang dapat dilakukan dengan telus dan adil.
  4. SPR masih lagi gagal melibatkan isu asas iaitu membersihkan daftar pemilih.
  5. PSC masih lagi belum dilihat benar-benar mengusul satu kaedah yang baik bagi menyelasaikan masalah warga Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi.

Apa Pendapat Anda Tentang Himpunan Bersih 3.0

Pihak forblogger adalah neutral dan tidak PRO mana² parti di Malaysia. Oleh yang demikian kalau ikutkan kami rasa tidak perlu sebab serik dengan impak lepas dimana kesesakan yang amat membataskan urusan-urusan dengan keluarga di hujung minggu (tidak lebih dari itu). Namun demikian Apakah pendapat anda pula?

Adakah Perhimpunan Bersih 3.0 Patut Diadakan?

Banci : Sila Membuat Undian

[ KLIK SINI UNTUK UNDI ]

Jumlah Pengundi: 176

  • Ya Sangat Perlu !! (64%, 112 Votes)
  • Tidak !! Sangat Tidak Patut... (36%, 64 Votes)
Loading ... Loading ...
5.0

Previous post:

Next post: