Interview Zed Zaidi Isu Aaron Aziz ABPBH

by Malaysia Kini on 15 April, 2012

in Info Artis

Share:

Interview Zed Zaidi isu Aaron Aziz menang ABPBH ok? setelah menjadi kontrevesi besar, ada baiknya kita mendengar dari kedua pihak. Kali ini dalam interview sekali lagi Zed Zaidi tampil mempertahankan perjuangannya menurut beliau.

Sebelumnya anda juga boleh dapatkan 2 artikel yang related di link [ Zed Zaidi Kritik kemenangan Aaron Aziz ] dan [ Aaron Aziz Bidas Kritikan Zed Zaidi ] disini.

Interview Zed Zaidi Isu Aaron Aziz ABPBH

Dibawah ikuti interview bersama Zed Zaidi dengan tajuk pelakon asing sama tarafnya dengan pekerja asing.

Pelakon Asing Sama Tarafnya Dengan Pekerja Asing

Setelah Aaron memang kenapa Zed bangkitkan Isu kewarganegaraan?

  • Dia dah menang saya tak boleh buat apa. tahniah pada dia di ABPBH 2011. Isunya sekarang kenapa perlu wujudkan kategori yang menyaksikan kemenangan orang luar? Misalnya, kalau ada anugerah tertinggi yang diwujudkan untuk wartawan di Malaysia dan ia diberikan kepada wartawan asing, apa perasaan anda? tentu semua wartawan di Malaysia marah bukan? sama juga dengan artis artis kita. Dimana kedudukan artis kita? Bagi saya Aaron adalah magsa keadaan, saya tak salahkan dia. Orang nak hentam saya biarlah, mereka sebenarnya tak faham apa yang berlaku pada industri kita.

Zed membawa nama SENIMAN, tidak bimbangkah kalau orang kata SENIMAN mengamalkan diskripminasi?

  • Kita perlu ingat, artis kita sendiri pun susah nak masuk ke negara mereka. Macam² prosuder mereka yang menyulitkan lagi kemasukan kita kesana. Tapi disini? Orang luar senang² masuk kenegara kita. Termasuklah artis² luar. mana sekatan terhadap mereka? Mana? kena ingat, keutamaan perlu diberikan kepada artis tempatan, bukan artis luar.

Tapi kenapa sekrang baru nak timbulkan isu? bak kata orang, kenapa sekarang baru nak menyalak?

  • Maaf ye. isu ini dah lama saya bangkitkan (sejak tahun 2009 lagi). Boleh rujuk tulisan saya dalam laman blog saya di internet. Benda ni dah lama, tapi dulu saya berdiri seorang. Sekuat mana saya boleh perjuangkan isu kalau saya berseorangan? Sekarang saya ada medium untuk membawa isu ini ketengah, medium itu adalah persatuan SENIMAN. Melalui SENIMAN saya perjuangkan kebajikan dan hak artis. Saya tak kacau orang lain punya kerja, saya jaga kepentingan artis kita sahaja. Sekurangnya saya ada landasan yang betul untuk memperjuangkan nasib artis tempatan dan ia mampu buka mata semua pihak.

Apa bukti Zed sehinggakan Zed begitu bersungguh memperjuangkan isu ini?

  • Terus terang, saya tidak bercakap kosong!!  Saya ada bukti mengapa perkara² ini menjadi perhatian saya. Benda² ini semua ada dalam peraturan yang di tetapkan oleh kerajaa dibawah kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan Malaysia (KPKK) dibawah agensi pusat permohonan pengambaran filem dan persembahan artis luar negara (PUSPAL). Mana permit mereka? Tentu sekali melibatkan kewarganegaraan. Sebelum saya bercakap dan suarakan pendapat, saya terlebih dahulu buat kajian. Saya bukan main ‘tembak’ tak tentu pasal. Nak buat pertandingan macam ni letaklah justifikasi. Kalau dia artis luar, buatlah satu anugerah untuk artis luar. Jangan buat masyarakat keliru. peminat tak tahu apa masalah dibelakang dunia seni hiburan kita ni.

Ada pihak menganggap Zed menyuarakan isu remeh. Komen?

  • Benda² yang orang anggap remeh, inilah yang akan menjadi besar lambat laun nanti. percayalah cakap saya. Bila isu dah merebak, baru nak betulkan keadaan dan nak satukan artis kita, bagi saya itu dah terlambat. Jangan sampai negara kita ni orang asing yang mentadbir dan meraih semua hasil pendapatan sedangkan kita cuma mampu melihat saja. Bagi saya, pelakon asing adalah sama tarafnya dengan pekerja asing seperti pembantu rumah di negara kita ni. Semuanya harus mengikut peraturan yang disediakan.

Maksudnya Zed cuba mengurangkan kemasukan mereka ke Malaysia?

  • Ya.. Pengawalan terhadap kemasukan mereka adalah perlu. Kalau tak ada kawalan, maka senanglah mereka masuk ke sini. Makin lama semakin berlambak mereka di negara ini. Secara tak sedar ini adalah salah satu cara penjajahan ekonomi cara baru keatas Malaysia. Kita perlu selamatkan keadaan ini.

Harapan Zed?

  • Ini adalah tanggungjawab sosial saya dibawah SENIMAN dan tanda kepekaan saya memperjuangkan hak artis. Kalau ada yang tak suka, biarlah. Sampai sekarang pun saya tak henti² mendapat panggilan telefon dan sms daripada ratusan rakan artis yang berdiri dibelakang menyokong saya. Diharapkan isu ini medapat pemerhatian pihak atasan.
5.0

Previous post:

Next post: