Gambar Sham Kamikaze Dan Isteri Pertama

Jawapan Tuan Badan “Isteri Kedua Sham Kamikaze”

Jawapan Tuan Badan “Isteri Kedua Sham Kamikaze” ?? Seperti yang didakwa semalam, kononnya isteri kedua Sham Kamikaze adalah jasad yang bernama Nurul Halimin. Wanita terbabit dihubugi bagi menjawab persoalan segelintir pihak kerana umum mengetahui Sham adalah seorang yang sangat popular dalam industri dan dunia dakwah.

Berikut adalah gambar Nurul Halimin seperti yang didakwa.

Isteri Kedua Sham Kamikaze

Selepas dihubungi, ikuti berita penuh dibawah perihal edisi tanya tuan badan yang kononnya Isteri Kedua Sham Kamikaze.

Enggan Memberi Sebarang Komen

Petaling Jaya : Wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua kepada Sham Kamikaze iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, enggan mengulas khabar angin mengenai perkahwinan mereka.

“Tanyalah Sham sendiri,” katanya ringkas tanpa menafikan mahupun mengakui.

Nurul Halimin membuat kenyataan itu melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8).

Sementara itu Maulana yang turut ditanya berhubung hal tersebut juga enggan mencampuri urusan kakaknya tetapi meminta pihak media bertanya sendiri kepada Sham ataupun rakan-rakan terdekat pemuzik itu.

“Rasanya, bukan saya yang patut ditanya kerana saya enggan memberi sebarang komen.

“Lebih baik jika ia ditanya sendiri kepada tuan punya badan atau rakan-rakan terdekatnya,” kata Maulana yang dihubungi, di sini, Khamis.

Isteri Kedua Sham

 

Pada Januari lalu, Sham menjadi tumpuan ramai apabila dia yang kini merupakan seorang pendakwah dikatakan sudah beristeri dua.

Hal tersebut membuatkan Sham tampil dan menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda itu.

Bagaimanapun pada Khamis, sebuah blog hiburan mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan janda anak yang antara lain mendedahkan pasangan tersebut telah berkahwin pada 16 Januari lalu.

Menurut sumber berkenaan lagi, perkahwinan Sham dan Nurul Halimin masih lagi belum diketahui oleh isteri pertama lelaki tersebut menyebabkan dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya terlebih dahulu.

Sham Kamikaze atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, merupakan bekas anggota Kamikaze sejak tahun 1999. Dia tidak lagi aktif di dunia hiburan selepas membuat keputusan untuk berhijrah sebagai pendakwah bebas bersama isterinya, Farazila pada tahun lalu – Liputan Feride The Star.

Malaysia Kini

Hi Malaysia Kini adalah Admistrator di webberita.com, dan SEO Warrior + Social Manager di forblogger.net news portal. Malaysia Kini juga adalah salah seorang Repoter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

3 thoughts on “Jawapan Tuan Badan “Isteri Kedua Sham Kamikaze”

Leave a Reply