Naib Pengerusi DAP bantah Himpunan Bersih 3.0 ke? suatu yang menggemparkan bila Naib Pengerusi DAP sendiri bantah Himpunan Bersih 3.0.
Secara teorinya pihak forblogger menjangkakan, pastinya semua pihak pembangkang akan bersetuju dengan setiap plan yang dimetrai dan cuba mempertahankan juga memperjuangkan mahupun ianya mendapat kritikan hebat. Sebaliknya dari Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang ahli Dewan Negara mewakili pembangkang menyatakan pendiriannya dengan berani.
Apapun dalam kenyataan tersebut, beliau menyertakan point dan sebab yang munasabah baginya untuk bantah Himpunan Bersih 3.0 tersebut. Jika diamati Senator ini tampak berpedirian dan bukan hendak berpecah belah dari tampuk pembangkang, namun mungkin tidak kena dek pendirian dan mentaliti beliau.
Beliau yang ahli Dewan Negara mewakili pembangkang menggemparkan sesi persidangan dewan tersebut apabila secara terbuka membantah penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang bakal diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.
Menurutnya, pendirian tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara seperti indonesia dan lainnya mengikut statistik.
Pada prinsipnya demonstrasi jalanan saya dah biasa tengok, bukan sahaja di negara kita tetapi saya biasa bekerja dan tinggal di banyak negara, semua demonstrasi kononnya mula dengan aman tetapi kebanyakan di mana-mana pun kita tengok terjadi perang.
“Saecara rekodnya, saya bantah, tak sokong bersih” katanya.
Sementara itu, beliau menjelaskan bantahan tersebut adalah atas dasar pengalaman peribadinya yang mengamati kebanyakan demonstrasi aman bertukar ganas, ketika ditemubual di lobi parlimen.
“Sekiranya sesuatu berlaku, siapa yang akan bertanggungjawab? Penganjur dan individu terlibat tidak akan berada di sana. Siapa yang akan menjaga mereka yang terkorban dan mengalami kecederaan?
“Matlamatnya adalah untuk menyalahkan pihak berkuasa dan ini adalah tidak adil,” tegasnya.
Beliau kemudiannya menempelak segelintir ahli Parlimen yang akan menyertai demonstrasi itu kerana hanya menggalakkan masyarakat dan rakyat di negara ini melanggar undang-undang.
“Jika ada undang-undang yang tidak baik, kita ada saluran lain seperti Parlimen. Jangan langgar undang-undang. Kita hanya menggalakkan orang melanggar undang-undang sedangkan kita sepatutnya menjadi pembuat undang-undang.
“Ini jelas bertentangan sama sekali,” tambahnya
Oleh Metra Syahril Mohamed dan Kamil Maslih.

