Nazim Bercinta Dengan Bella Dally

 

Nazim Bercinta Dengan Bella Dally bukan sebuah cerita gosip rekaan! Pelakon Nazim Othman sendiri mengaku dirinya sedang hangat bercinta dengan kekasih barunya,Bella Dally yang dikenalinya sejak 6 bulan lalu.

Aktor terkenal yang berwajah tampan itu sebelum ini pernah beberapa kali kecewa dalam pecintaan. Namun setelah bertemu dengan Bella Dally beliau jatuh hati dengan perwatakan Bella yang tenang dan tidak tergedik-gedik seperti wanita lain. Cinta Nazim Othman dan Bella Dally mula berputik sejak mereka berlakon bersama dalam satu drama muzikal terbitan RTM iaitu Inspirasi Varsiti.

Nazim Othman yang merupakan jurucakap jam tangan Ellese juga menyifatkan Bella seorang yang taat dan boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka bukan sahaja dari segi profesional malahan hal-hal peribadi. Beliau amat bersyukur kerana dapat bertemu dengan Bella Dally dan berharap hubungan mereka berkekalan.

“Ya memang hati saya sudah dimiliki dan ianya milik Bella Dally!”

“Dia adalah cinta baru saya selepas beberapa kali putus cinta dan setakat ini apa yang boleh saya katakan kami serasi. Malah mungkin sikap saya mementingkan komunikasi menjadikan hubungan kami berjalan dengan lancar,”

“Apa yang penting bagi saya dalam setiap perhubungan perlu ada kepercayaan antara satu sama lain. Itulah yang saya berlajar supaya tidak melakukan kesilapan serupa seperti cinta saya sebelum ini.”

Terbuktilah khabar angin tentang Nazim Bercinta Dengan Bella Dally bukan lagi gosip liar! Tahniah buat mereka.

 

Leave a Reply