Perkahwinan Natasha Hudson dan Carleed Khaza

 

Perkahwinan Natasha Hudson dan Carleed Khaza!! Tahniah buat pasangan Natasha Hudson dan Khalid Kamal (Carleed Khaza) kerana selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan yang ringkas tetapi meriah pukul 11.55 pagi tadi.

Dalam majlis tersebut, jurunikah yang menikahkan mereka adalah Shahirman Ahmad, berwalikan hakim. Hanya dengan sekali lafaz sahaja Natasha Hudson sah menjadi isteri kepada penyanyi dan komposer muzik, Carleed Khaza dengan mas kahwin RM80 dan tiada wang hantaran.

Dalam majlis itu juga, Natasha Hudson menerima 5 dulang hantaran berupa Sirih Junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin manakala Carleed Khaza menerima 7 dulang hantaran antaranya sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.

Selain ibubapa Carleed Khaza, Kamal Al-Bakri dan Aisha Abdul Manaf serta ibu Natasha, Ratna Hussin, turut hadir ialah 700 tetamu termasuklah keluarga, saudara mara serta teman-teman rapat kedua-dua belah pihak .

Tahniah sekali lagi buat kedua-dua pasangan pengantin. Kami doakan perkahwinan Natasha Hudson dan Carleed Khaza akan berkekalan selamanya. Dikhabarkan selepas selesai majlis pernikahan mereka itu, Carleed Khaza dan Natasha Hudson merancang untuk berbulan madu di Istanbul, Turki.

 

Comments

  1. queen says

    semoga yg ketiga ni betul betul kekal. Serik sungguh beri ucapan kekal hingga anak cucu tp selalu kecundang ditengah jalan. Kecantikkan bukan jaminan bahagia dan kekalnya sebuah pkahwinan tp ksabaran mhadapi cabaran dan tekanan dlm pkahwinan.

Leave a Reply