Peserta Bersih 3.0 Bertindak Ganas

by MediaKini on 29 April, 2012

in Info Politik

Share:

Peserta Bersih 3.0 Bertindak Ganas? BERSIH 3.0 yang berlangsung pada 28 April, sabtu dikhabarkan telah dicemari dengan beberapa insiden keganasan di kalangan peserta yang sama-sama berdemonstrasi pada perhimpunan Bersih 3.0.

Pihak polis melaporkan terdapat 2 buah kereta peronda polis telah dirosakkan dan diterbalikkan oleh peserta perhimpunan Bersih 3.0. Keadaan huru hara tersebut berlaku dipercayai  disebabkan kenderaan peronda polis tersebut telah diserang dengan balingan objek seperti batu dan botol oleh para peserta perhimpunan Bersih. Kereta peronda Polis tersebut lalu hilang kawalan dan merempuh dua orang peserta perhimpunan Bersih yang berada di kawasan tersebut.

Seorang wartawan TV Al-Hijrah, Mohd Azmi Salleh, 28, yang berada di kawasan tersebut cuba untuk menghalang peserta Bersih dari mencederakan anggota polis yang berada dalam kenderaan tersebut namun telah dibelasah tanpa belas kasihan oleh penyokong Bersih yang berada di kawasan berdekatan dengan kereta peronda polis tersebut.

Selain itu, 11 anggota polis yang bertugas mengawal keadaan di kawasan tapak perhimpunan Bersih telah mengalami kecederaan dan telah dirawat di hospital. Disebabkan keadaan menjadi semakin tidak terkawal, FRU terpaksa melepaskan beberapa gas pemedih mata untuk menguraikan perhimpunan. Terdapat peserta Bersih yang ditahan polis dan dihantar ke Pusat Latihan Polis (Pulapol).

Kesan dari perhimpunan haram ini, beberapa jalan dan kawasan di mana para demostran berkumpul termasuk Jalan Tun Perak, Dataran Menara Maybank, Dataran Merdeka, Jalan Tunku Abdul Rahman serta Kuala Lumpur Sentral dicemari dengan sampah sarap yang ditinggalkan oleh peserta Bersih 3.o. Selain itu, kerosakan harta benda awan juga berlaku dan aktiviti perdagangan di premis perniagaan turut terganggu. Pihak penganjur Bersih 3.0 sepatutnya perlu lebih bertanggung jawab dalam hal ini.

5.0

Previous post:

Next post: