Rita Rudaini Terima SMS Cerai Aidil

 

Rita Rudaini terima SMS cerai Aidil omg.. Kami sedikit sedih bila Rita Rudaini maklumkan terima sms cerai dari Aidil Zafuan.

“Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya,” – Rita

Rita Rudaini Terima SMS Cerai Aidil

Ikuti dibawah. Setelah 4 bulan Aidil keluar rumah tak kembali ke pangkuan anak bini, kini Rita Rudaini terima SMS cerai daripada Aidil Zafuan.

Rita Rudaini Bercerai

Pelakon Rita Rudaini menjelaskan telah menerima berita sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25 telah membuat permohonan untuk bercerai dengannya.

Rita Rudaini dalam laporan Utusan Malaysia pada Rabu berkata, suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu sendiri telah memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam SMS yang diterima Rita, Aidil memberitahu sudah menfailkan penceraian dan peguamnya akan memaklumkan lebih lanjut perkara itu kepada Rita.

Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil ‘menghilangkan’ diri setelah keluar dari rumah mereka.

“Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya,” katanya.

Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi SMS tanpa memberitahu alasannya.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu untuk “membawa lari” Aidil Zafuan dari rumah berkenaan.

 

Comments

  1. hmmmm says

    ape agaknye alasan yang akan diberikan si encik suami tu yek.. dari news2 yang aku baca kat internet slama ni, pandangan aku is rita rudaini ni penyayang, nak jaga hubungan keluarga ngan mak mentua dia.. in short rita tak salah, laki dia ni yang prob.. cara kuar rumah pun dah tak betul. ape barang sampai dapat bantuan ‘nak lari’ pelik.. pelik..

    ke rita? yang mane satu yang tak ‘sihat’ ni…?

  2. zie says

    rumahtangga manapun akan rosak kalau mak mertua masuk campur..apa lagi ada anak yang pandai menikah tp tk pandai bertanggungjawab..memang orgtua tk restu ,sblm ko ajak lari ke Thailand ada ko fikir mak bapak ko..itu namanya nafsu tp tk sempat belajar rukun nikah..kucing pun boleh nikah punya anak lagi..tggjwb????????

  3. says

    saya pun kawin muda juga,..pastu ada lah gadoh juga ,..pastu adalah kata macam macam jugak,…pastu ada lah campurtangan mak bapak plak,..pastu bila anak anak dah besau panjang pun ada gadoh jugak,..kini usia perkahwinan kami dah mencecah ke 24 tahun,..pun ada juga gaduh,.. pun ada juga kata macam macam,…tapi kami tak pun bercerai,..kalau nak tau ,..sehingga ke tahap ini kami tetap bahagia,..mestilah ada rahsia nya,…sila chat di fb saya abidin.endon@yahoo.com,…free kaunseling tanpa berbayar,…….

Leave a Reply