Samseng Pukul Mahasiswa Demontrasi PTPTN

by Malaysia Kini on 19 April, 2012

in Info Politik

Share:

Samseng pukul mahasiswa demontrasi PTPTN ke? sumber akhbar PAS menyatakan kumpulan samseng pukul mahasiswa semasa demontrasi PTPTN lepas.

Walaupun akhbar tersebut menyiarkan secara online, namun tiada gambar jelas yang disertakan sebagai bukti berita ini atas atas sebab yang diberikan kamera diserang. Namun demikian anda boleh melihat juga reaksi mahasiswa dan gambar  yang banyak di link [gambar demontrasi PRPTN] ini.

Samseng Pukul Mahasiswa Demontrasi PTPTN

Gambar diatas antara satu dari  banyaknya gambar demontrasi mansuh PTPTN : Demontrasi ini boleh dikelaskan sebagai kegagalan besar. Secara dasarnya aktivis mahasiswa Adam Adli mensasarkan lebih dari 5000 mahasiswa akan turut serta membuat demontrasi, namun hanya hadir lebih kurang 300 orang sahaja yang turut serta. Malah dalam 300 orang itu ada kumpulan mahasiswa yang datang menyertai dengan membawa sepanduk yang bertentangan dengan misi ‘Mansuh PTPTN’.Sebaliknya dimana kumpulan lainnya datang dengan sepanduk ‘Jangan Mansuh PTPTN’, ‘Kami Sokong PTPTN’ dan lainnya tanda tidak mahu PTPTN dihentikan untuk manfaat mahasiswa. Kami juga dilaporkan, terdapat segelintir golongan telah didatangkan kesana atas pelawaan rakan yang tidak tidak tahu adalah untuk ber-demontrasi.

Bagi memastikan kami menyiarkan semua berita sama ada dari pihak pembangkang mahupun kerajaan sekali pun tanpa berat sebelah, dibawah ikuti keratan daripada sebuah akhbar rasmi PAS (harakah) dalam tajuk ‘Samseng Pukul Mahasisa Demontrasi mansuh PTPTN‘.

Samseng Pukul Mahasiswa di Dataran Merdeka

Kumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30am, lapor KeadilanDaily.

Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan.

Insiden itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk.

“Saya sedang tidur dalam khemah skemudian terjaga apabila muka saya ditendang dari luar,” kata penuntut sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Ruqayyah Abdul Rahman yang berpurdah itu kepada harakah, awal pagi ini.

Beliau juga turut kehilangan telefon bimbit akibat insiden itu berkata demikian ketika berkongsi detik cemas itu bersama mahasiswa dan orang ramai.

Kebanyakan mereka kesal kerana kumpulan samseng itu dibiar bermaharaja lela walaupun balai polis bergerak terletak hanya 10 meter dari lokasi perkhemahan tersebut.

Seorang lagi saksi lain kesal kerana polis enggan memberi bantuan walaupun beliau merayu bantuan tetapi anggota pihak berkuasa itu memberi alasan ‘bimbang keselamatan mereka terancam’.

Selain itu, samseng turut melontar kata-kata kesat dan mencampakkan cermin mata aktivis sosial, Fahmi Reza manakala rakannya, Boon Kia Meng, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta, ditumbuk.

“Sebaik saja keluar khemah akibat kekecohan itu, saya hanya duduk tanpa membalas cercaan mereka. Sebaliknya, mereka bertidak ambil dan campak cermin mata saya. Kia Meng di sebelah pula ditumbuk,” katanya.

“Mereka menarik baju dan beg saya. Ada seorang tunjal kepala saya sambil menghambur kata-kata kesat,” katanya yang berasal dari Batu Arang, Selangor.

Ahli Unit Amal PAS Batu, Mohd Kassim Abdullah, 24, pula ditampar dua kali, malah disiram air oleh sekumpulan samseng berkenaan.

Walaupun berdepan kekasaran samseng itu, semua mahasiswa dan kumpulan penyokong tetap bersemangat, malah membuat ketetapan untuk terus kekal berada di situ – harakahdaily.

5.0

Previous post:

Next post: