Super Spontan Episod 3

 

Super Spontan Episod 3 best!! Video minggu ketiga Super spontan yang berlangsung semalam menyaksikan Zahid dari kumpulan Angsa Ganas telah tersingkir dari permainan itu.

Zahid tersingkir super spontan episod 3

Juara AF2 dari Angsa Ganas menjadi mangsa pertama yang tersingkir dari program Super Spontan apabila dia disingkirkan oleh rakan-rakan sepasukannya akibat kekalahan Angsa Ganas pada episod lepas.

Walaubagaimanapun, kumpulan Angsa Ganas telah menebus kembali kekalahan itu dengan memenangi episod ketiga ini seterusnya mendapat cek tunai bernilai RM5000 yang didermakan kepada Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang.

Manakala pasukan yang tewas, Beruang Comel pula terpaksa memilih seorang dari ahli mereka untuk disingkirkan dan pengumuman penyingkiran akan dibuat minggu hadapan.

Berikut kami kongsikan perjalanan permainan episod 3 yang berlangsung semalam. Tetapi sebelum itu, bagi anda yang mahu menonton video Super spontan episod 1 – 3. Boleh menontonnya di fanpage SUPER SPONTAN ini.

Seperti biasa, 5 sketsa dipertandingkan pada minggu ini bermula dengan Pantun Dua Kerat, setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil ke atas pentas lalu diberikan satu situasi dan mereka perlu berbalas pantun dua kerat dengan pihak lawan. Sekiranya mereka gagal membalas pantun, mereka perlu digantikan dengan anggota kumpulan yang lain.

Sketsa kedua adalah Jurujual Langsung dan setiap kumpulan akan menghantar wakil dengan diberikan satu prop untuk kegunaan mereka. Dengan menggunakan kreativiti berdasarkan tema yang diberikan oleh hos, Adibah Noor, mereka perlu berlagak seperti jurujual untuk menjual alat itu.

Sketsa ketiga ialah Dialog Dalam Tin, dua orang dari setiap kumpulan akan diberikan tiga dialog yang tertulis di atas kertas dan berdasarkan situasi yang diberikan, mereka harus mengucapkan dialog itu ketika melakonkan sketsa.

Sketsa keempat ialah Terteruk Di Dunia dan Di Ladang di mana mereka harus menggayakan profesion yang diberikan oleh hos Adibah Noor dalam keadaan paling teruk mereka fikirkan.

Sketsa terakhir ialah Pengarah Kurang Siuman, seorang wakil dari pasukan berlawanan akan mengarahkan tiga pemain dari kumpulan lain tentang babak sebuah filem. Mereka harus melakonkan babak itu berdasarkan genre yang disebut oleh pengarah sambil mengekalkan jalan cerita yang sama.

Menarikkan program yang tidak perlukan latihan ini? Semuanya berlaku secara spontan. Jom tonton video SUper Spontan Episod 3 – Minggu ketiga di fanpage Super Spontan.

 

Comments

Leave a Reply