Tindakan Disiplin Pelajar Demontrasi Mansuh PTPTN

by Malaysia Kini on 26 April, 2012

in Info Pendidikan

Share:

Tindakan disiplin pelajar Demontrasi PTPTN ok? 3 pelajar UM berhadapan tindakan disiplin di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) kerana menjadi penggerak demontrasi mansuh PTPTN baru ini.

Gambar : Hanya hiasan, anda boleh melihat album penuh di pautan link [gambar demontrasi mansuh PTPTN] ini.

Tindakan Disiplin Pelajar Demontrasi Mansuh PTPTN

Tiga pelajar tersebut terdiri daripada Safwan Anang iaitu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Setiausahanya Haziq Abdullah Abd Aziz dan Mohd Syahid Zaini yang juga Pengerusi Malaysia Bangkit menerima notis tindakan disiplin hari ini.

Jika ketiga mereka dikenakan tindakan Auku, penuntut terbabit adalah individu atau kumpulan pertama didakwa di bawah undang-undang itu yang dipinda baru-baru ini.

Satu sidang media akan diadakan di Dataran Merdeka petang ini berkenaan isu tersebut.

Ketika mengesahkan perkara tersebut hari ini, Ahmad Shukri Kamarudin selaku Setiausaha Media SMM berkata, Haziq, Safwan dan Syahid menerima surat pertuduhan di bawah AUKU kerana terlibat dalam demo PTPTN 14 April lepas.

“Mereka dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 16C Auku bawah kaedah 3(a)(i) dan 3(a)(ii),” -Ahmad Shukri .

Mereka dikenakan tuduhan memalukan universiti dan memudaratkan ketenteraman awam.

“Bicara ke atas mereka akan didengar 3 Mei ini,” ujarnya lagi.

Safwan yang juga Presiden Persatuan Pelajar Islam UM, mengetuai SMM bulan lalu.

Safwan mengetuai kira-kira 300 mahasiswa mengadakan perarakan dari Kompleks membeli-belah Sogo ke Dataran Merdeka pada petang 14 April lalu. Sejak itu, sebahagian daripada mereka berkhemah di Dataran Merdeka menuntut agar PTPTN dimansuhkan.

5.0

Previous post:

Next post: