Trauma Tsunami Pindah Tanpa Arahan – Sungai Petani

 

Tsunami Malaysia ingat? Tsunami dari indonesia di Malaysia yang melangkau daratan Malaysia 8 tahun lepas lalu dengan begitu liarnya mustahil di lupakan. Terasa ianya sangat segar dan sentiasa jadi peringatan.

Lantaran gempa bumi Aceh 2012 semalam, penduduk Kota Kuala Muda Sungai Petani Malaysia semalam telah berpindah tanpa arahan atas dasar takut akan amukan tsunami itu kembali semula (dibawah : gambar Tsunami Malaysia Di Kota Kuala Muda 2004).

TSUNAMI MALAYSIA 2012

Pendapat kami dari forblogger tindakan penduduk ini bukanlah sesuatu yang tidak wajar (berjaga-jaga demi nasib sendiri). Kerana sudah beberapa kali tercetusnya ribut taufan mahupun tsunami datang menemui ajal penduduk daratan tanpa arahan dan tanpa diduga (jika tuhan mengkehendakinya).

Demikian juga sekiranya ajal atau kecelakaan telah berlaku, tiada siapa juga dapat menarik balik ke keadaan yang sama dengan apa arahan sekalipun.

Berikut adalah berita penuh  Trauma Tsunami Sungai Petani Malaysia 2012.

Trauma Tsunami Sungai Petani Malaysia 2012

Trauma tsunami lapan tahun lalu menyebabkan penduduk di Kota Kuala Muda sungai Petani Pedah mengambil keputusan sendiri untuk berpindah selepas merasai gegaran yang kuat petang semalam walaupun tiada arahan berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Kesan gempa bumi sekuat 8.9 skala Richter di pesisir Sumatera 4.30 semalam, lebih dari 500 orang dari beberapa kampung di Kota Kuala Muda nekad berpindah untuk menyelamatkan diri sekiranya ombak besar tercetus.

Antara kawasan yang berisiko tinggi terhadap ancaman ombak besar tsunami di Kota Kuala Muda Sungai Petani adalah Kampung Kuala Tepi Sungai, Kampung Kepala Jalan, Kampung Padang Salim, Kampung Keda dan Kampung Hujong Matang.

Dari tinjauan, didapati keadaan di sekitar Kota Kuala Muda malam tadi terkawal dan penduduk berpindah beramai-ramai ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda iaitu kira-kira 2.5 kilometer dari kawasan pantai.

Walaupun amaran tsunami Malaysia ditarik balik pada 10 malam oleh Jabatan Mateorologi Malaysia, penduduk tetap tidak mahu pulang ke rumah masing-masing kerana tidak yakin terhadap perkara itu.

Seorang penduduk Kampung Kepala Jalan, Puan Hasnah Shuib 56 tahun, berkata dia merasai gegaran kuat itu pada 4.30 petang dan bertindak lari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

“Kami lari keluar bawa baju dan barangan serta dokumen penting sahaja sebab apa yang penting adalah untuk selamatkan diri. Itu pun selepas kami keluar rumah gegaran kedua berlaku sekali lagi pada 6.30 petang,” – katanya ketika ditemui di Kota Kuala Muda dekat sini malam tadi.

Hasnah berkata, dia bersama ahli keluarganya itu berpindah keluar tanpa arahan daripada pihak berkuasa kerana masih mengingati dan terbayang-bayang sejarah hitam tsunami 8 tahun lalu. Ini kerana ketika kejadian tsunami Malaysia 2004, kawasan Kuala Muda adalah antara kawasan paling teruk menerima kesan tsunami itu .

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Kuala Tepi, Sungai Ismail Osman, 57, berkata peristiwa hitam 26 Disember 2004 itu masih menghantui dan berlegar-legar di fikiran mereka sehingga merasakan ingin lari sejauh yang mungkin.

Di ALOR SETAR, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) negeri, Mohd Helmi Yaakob, berkata walaupun amaran tsunami di Malaysia sudah ditarik, JPAM Kedah tetap mengambil langkah berjaga-jaga.

“Malam tadi, JPAM memindahkan lima keluarga di daerah Kuala Muda yang trauma dan mahu menyelamatkan diri lebih awal bagi mengelak manjadi mangsa tsunami seperti yang berlaku pada Disember 2004 dan di tempatkan di sebuah sekolah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA

 

Comments

Leave a Reply