Video Anwar Suruh Bersih 3.0 Rempuh Dataran!! Bersih 3.0 yang pada mulanya berhimpun secara aman dan tidak ada kekasaran yang berlaku bertukar secara tiba-tiba kepada keganasan dan huru-hara apabila ada peserta Bersih 3.0 yang merempuh pagar hadangan polis yang telah dipasang sebelum perhimpunan Bersih bermula. Persoalannya, siapakah yang memberi arahan dan membenarkan peserta Bersih 3.0 untuk merempuh sekatan walhal pengerusi bersih sendiri sudah memberitahu peserta Bersih 3.0 untuk tidak melanggar arahan polis tersebut?
Melalui sumber video yang diperoleh dari blog Pro-Pembangkang, Ameno World, penulis mendedahkan bagaimana seorang ketua pemimpin pembangkang memberi isyarat kepada peserta Bersih3.0 untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka yang disekat oleh pihak polis. Keadaan perhimpunan Bersih pada ketika itu aman dan tiada kekecohan sehinggalah isyarat tersebut dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang yang menyuruh peserta Bersih merempuh sekatan. Yang menghairankan ialah siapakah dia individu yang memberikan arahan tersebut? Dia bukanlah pengerusi Bersih 3.0 yang berhak memberi arahan. Ambiga dan A. Samad Said sendiri tidak ada mengeluarkan arahan untukmembenarkan peserta Bersih berbuat sedemikian.
Jadi, siapakah dalang yang menyebabkan kekecohan dan huru-hara semasa perhimpunan Bersih 3.0 belangsung tempoh hari? Adakah pihak Polis Special Branch (SB) yang melakukan perkara tersebut dengan menyamar menjadi peserta Bersih 3.0 dan cuba menghuru-harakan keadaan? Kemana perginya Anuar Ibrahim selepas keadaan perhimpunan Bersih memjadi huru-hara? Anda boleh fikirkan sendiri jawapannya.
Video Anwar Suruh Bersih 3.0 Rempuh Dataran
Bagi menjaga prestasi laman Forblogger.net, kami tidak akan memaparkan video Anuar Suruh Bersih 3.0 Rempuh Dataran di sini. Jika anda ingin melihat video tersebut sila lawati laman Fanpage Facebook kami di FORBLOGGER FANPAGE. Kami akan memaparkan video tersebut di fanpage untuk tontonan pembaca. Harap maaf fan terima kasih.


{ 3 trackbacks }