Zed Zaidi Kritik Kemenangan Aaron Aziz dalam ABPBH 2011 malam tadi? Timbalan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi mengkritik kemenangan pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) malam tadi melalui akun twitternya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Zed Zaidi melalui akaun twitternya, beliau menyindir rakyat Malaysia yang mengundi Aaron Aziz sebagai pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 2011 dan bukannya artis Malaysia. Ternyata kenyataan yang dikeluarkannya itu bakal mendapat komen dan kritikan pedas bukan sahaja dari peminat setia Aaron Aziz malah peminat seni tanah air. Berikut adalah kenyataan yang diambil dari akaun twitter Zed Zaidi:

Kemenangan Aaron Aziz dalam ABPBH 2011 juga dikaitkan dengan cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkan industri Seni tanah air. Lihat gambar di bawah.

Melalui apa yang cuba disampaikan oleh Zed Zaidi di atas, niatnya sebenarnya baik ingin melihat industri seni tanah air berkembang tetapi keputusan Zed Zaidi Kritik Kemenangan Aaron Aziz itu tidak patut dilakukan dan bakal menimbulkan kontroversi.
