17 Cedera Tragedi Kemalangan Drag Race Putrajaya!! Seramai 17 orang disahkan cedera termasuk 4 orang yang parah semasa tragedi Drag Racing malam tadi senpena Himpunan Jutaan Belia 2012.

Pada kejadian malam tadi [Hari Jutaan Belia, Drag Race Langgar Penonton], sebuah kereta yang menyertai perlumbaan Drag Race tersebut telah hilang kawalan dan melanggar penonton yang berada di tepi laluan perlumbaan. Mengikut petikan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak Bernama, seramai 17 penonton mengalami kecederaan dimana 4 daripadanya mengalami kecederaan teruk dan dirawat di Hospital Putrajaya.
Perlumbaan tersebut telah dihentikan serta merta dan pihak penganjur diminta untuk melakukan siasatan dan melaporkan kepada pihak Polis. Dilaporkan kira-kira 10,000 penonton menghadiri perlumbaan malam tadi yang berlangsung di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, Putrajaya. - 17 Cedera Tragedi Drag Race Putrajaya
