Ahmad Idham Rasa Disabotaj David Teo

by Black Hat on 24 May, 2012

in Info Artis

Share:

Ahmad Idham rasa disabotaj David Teo ok? Berita pengarah dan pelakon muda Ahmad Idham akui rasa disabotaj David Teo teraju utama MIG.

Ahmad Idham Rasa Disabotaj David Teo

Pengarah dan Pelakon Muda Ahmad Idham

Lantaran penangguhan preview filem Gerimis Mengundang pada  21 Mei lalu, timbul beberapa spekulasi yang agak kurang enak didengar. Selain David Teo didakwa telah memberi amaran kepada pelakon Kamal Adli menerusi khidmat kiriman SMS, timbul juga spekulasi yang mengatakan David Teo cuba ‘memotong line’ Ahmad Idham dengan mengganggu hak pengedaran yang telah diberikan kepada Excellent Pictures.

Jadi, apa komen Ahmad Idham berhubung perkara ini? Menurut pengarah berusia 41 tahun ini dia sebenarnya tidak tahu dan mahu mengulas lanjut berhubung perkara ini kerana beliau hanyalah seorang pengarah yang dipertanggungjawabkan untuk mengarah filem itu dan Excellent Pictures bertindak sebagai pengedar untuk pihak penerbit E-rama Creative Sdn Bhd.

“Sebenarnya apabila pihak Erama menangguhkan preview filem ini, saya langsung tidak mempertikaikannya. Ini kerana saya hanya bertindak sebagai seorang pengarah, manakala syarikat saya Excellent Pictures bertanggungjawab sebagai pengedar. Saya yakin pihak E-rama ada sebab yang kukuh berbuat begitu. Kerana penangguhan yang dibuat mengejut 24 jam sebelum acara berlangsung membabitkan banyak perkara. Jadi secara logiknya mesti mereka ada sebab yang tidak boleh dielakkan harus dijelaskan.

Apabila timbul cerita-cerita begini memang tidak dinafikan saya berasa sangat terkejut dan terasa seperti ada pihak yang sengaja mahu mensabotaj filem arahan saya pula. Apa tidaknya, masalah ini timbul apabila tarikh tayangan sudah semakin hampir iaitu pada 31 Mei ini. Andaikata benar, Mr. David Teo punya masalah atau masih tidak berpuas hati dengan saya, dia seharusnya datang berjumpa saya dan berbincang secara profesional. Sejujurnya, saya tidak mempunyai dan memendam masalah dengan dia,” jelas Ahmad Idham.

Mengulas dakwaan pada sebuah portal yang mengesahkan hak penerbitan Gerimis Mengundang telah bertukar tangan kepada pihak Metrowealth (MIG) Movies Production, Idham memberitahu laporan itu tidak tepat!

“Pelik, saya tidak pernah lagi mengesahkan tentang perkara itu. Buat masa sekarang ini, saya sendiri juga masih tertanya-tanya tentang status Excellent Pictures. Isu ini mula timbul apabila pihak FINAS menghubungi syarikat kami untuk bertanyakan tentang hak pengedaran. Pihak mereka keliru apabila ada pihak yang mendakwa hak pengedaran telah diberikan kepada MIG.

Apabila mendapat tahu perkara ini, saya segera hubungi  E-rama Creative Sdn Bhd untuk pengesahan dan E-rama sendiri telah pun menjelaskan perkara itu tidak benar. Menurut Erama, perbincangan lalu dengan MIG hanya untuk penyiaran ‘Gerimis Mengundang’ di saluran Astro First yang dikendalikan oleh syarikat itu, bukan untuk pengedaran filem,” tambah Ahmad Idham lagi.

Dalam masa yang sama, pengarah muda beribawa ini juga menafikan Excellent Pictures mempunyai masalah dalaman dengan E-rama Creative Sdn Bhd.

“Hubungan kami baik-baik sahaja hingga kini, sebab itu saya tidak percaya kalau mereka tiba-tiba melantik pihak lain sebagai pengedar. Awal-awal lagi mereka sudah menandatangani kontrak bersama Excellent Pictures,” jelas Ahmad Idham.

Mengulas pula tentang kiriman SMS David Teo kepada Kamal Adli pula sebagaimana di lampiran berita David Teo Ugut Kamal Adli ini, Ahmad Idham memberitahu beliau langsung tidak tahu menahu tentang perkara itu sehinggalah membaca kisah itu di sebuah ruangan gosip. Bagaimanapun, pengarah itu enggan mengulas lanjut.

5.0

Previous post:

Next post: