Aidil Zafuan Batal Cerai Rita. Aidil Zafuan yang sebelum ini telah menfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Rita Rudaini kini berhasrat membatalkan perceraian mereka serta menuntut isterinya kembali taat (Nusyuz) dan tinggal bersamanya semula.
Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah semalam, Aidil Zafuan,25, membatalkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya itu atas sebab mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.
Aidil juga dalam tuntutan nusyuz itu mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka sekarang di Damansara ke rumah yang baru didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini. Menurut Aidil Zafuan, rumah yang didiaminya sekarang adalah rumah tajaan ATM disebabkan Aidil kini bermain bola sepak dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Namun permohonan Aidil Zafuan untuk membatalkan penceraian dan meminta iaterinya kembali taat (Nusyuz) diannggap tidak masuk akal oleh Rita Rudaini dan peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Md Zain. Rita menganggap tuntutan Aidil itu seperti “Budak-budak” dan mebuatnya geli hati.
Menurut Rita dia telah menjalankan tugasnya sebagai isteri dengan baik demi suaminya dan anak-anak. Rita turut menyindir Aidil dengan kenyataan dia tidak pernah keluar dari rumah dan meninggalkan keluarga secara senyap. Bagi Rita segala keputusan penceraian atau untuk bersama semua perlulah dibincangkan terlebih dahulu dan tidak perlu tergesa-gesa.
Kita doakan semoga permohonan Aidil Zafuan Batal Cerai Rita Rudaini diterima dan rumah tangga mereka dapat diselamatkan dari bercerai. - Aidil Zafuan Batal Cerai Rita


{ 1 trackback }