Amy Search Sanggup Dikecam Kerana Menyertai UMNO

by Black Hat on 30 May, 2012

in Info Artis

Share:
Amy Search Sanggup Dikecam Kerana Menyertai UMNO

Amy Search

Penyanyi dan ikon rock tanah air Amy Search dalam sidang media menyatakan beliau sedar keputusannya ini mungkin akan menumbulkan kritikan dan mungkin akan dikecam oleh segelintir pihak yang terlalu taksub akan parti politik hingga dalam kebanyakan perkara sekalipun politik di utamakan sebagai indikator, sungguh pun begitu Amy Search memaklumkan beliau tidak peduli kerana hak menyokong parti politik adalah hak individu dan fahaman masing yang tidak semestinya tidak sama harus dijurangkan.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman  berkata, sebagai idola masyarakat dia menganggap tindakan menyertai parti itu adalah keputusan terbaik dan tepat pada waktunya di saat kecelaruan dan perselisihan faham di kalangan rakyat semakin merebak kini.

Pelbagai perkara dan kecelaruan di kalangan masyarakat yang berlaku hari ini memberikan kesedaran untuk saya turut melakukan sesuatu. Saya tergerak untuk menyertai Umno atas kesedaran sendiri dan bukan kerana kepentingan tertentu.

Tiada siapa boleh menentukan parti mana yang mahu saya sokong. Jadi, saya tidak peduli dengan kritikan dan kecaman mana-mana pihak yang taksub dengan politik atas keputusan saya ini,” katanya kepada media.

Artis lain yang turut kelihatan menyertai parti tersebut dan menyerahkan borang keahlian adalah vokalis kumpulan May iaitu Mustaffa Din (Mus) dan Ibnor Riza Ibrahim.

Tambah Amy, dia sudah lama mempertimbangkan ingin menyertai Umno kerana Allahyarham bapanya sering mengingatkan mengenai perjuangan parti itu dalam memartabatkan bangsa dan memajukan tanah air sejak dari 66 tahun yang lalu.

Sudah lama saya fikirkan masuk Umno. Malah selama ini, di kampung halaman saya sendiri di Johor Bahru saya dikelilingi ramai kenalan dalam parti ini. Saya sentiasa ingat pada pesanan arwah bapa mengenai kemerdekaan negara dan perpaduan bangsa.

Jelas sekali, hanya parti ini yang dapat menyatukan bangsa Melayu dengan ikhlas dan mengekalkan keamanan serta memajukan negara. Saya berharap teman-teman dan peminat di luar sana akan menyokong Umno demi keamanan dan perpaduan.” ujarnya sebelum mengakhiri sidang media.

Sehingga Selasa, penyertaan ketiga penyanyi itu menjadikan jumlah artis yang mendaftarkan sebagai ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang sebanyak 43 orang.

Antara artis yang terlebih dahulu awal menyertai termasuklah Tan Sri Jins Shamsudin, Jamal Abdillah, Awie,  Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Radhi (OAG) dan beberapa lagi.

The Star

5.0

Previous post:

Next post: