Awal Ashaari Sah Ganti Dira Dalam Melodi !! Akhirnya teka-teki tentang siapa penyacara yang bakal menggantikan Dira Abu Zahar dalam program sensasi Melodi terjawab apabila pihak TV3 mengesahkan bahawa Awal Ashaari sebagai pangacara baru Melodi bermula Jun ini.

Kontroversi sebelum ini yang melanda Dira Abu Zahar dalam program Melodi telah menimbulkan persoalan adakah Dira akan berhenti mengacarakan program tersebut dan siapakah yang bakal menggantikannya. Setelah melalui beberapa perbincangan dari kedua-dua pihak akhirnya Dira Abu Zahar dan pihak produksi akur dengan keputusan yang dicapai. Menurut pihak produksi, Dira Abu Zahar dengan rela hati mengundur diri dari program Melodi demi menumpukan diri dalam bidang pelajaran dan perniagaannya.
Awal Ashaari yang sebelum ini pernah dikaitkan khabar angin bakal menggantikan Dira Abu Zahar daham Melodi akhirnya menjadi kenyataan apabila pihak produksi dan TV3 dengan rasminya mengesahkan Awal sebagai pengacara baru program tersebut bermula Jun ini. Dengan itu, Awal Ashaari akan bergandingan dengan Zizan Rajalawak untuk mengacarakan program tersebut.
Kami mengucapkan tahniah kepada Awal Ashaari kerana telah dipilih sebagai pengacara baru program Melodi. Semoga gandingan baru Awal Ashaari dan Zizan akan menghasilkan keunikan dan menaikkan lagi rating rancangan Melodi. Kepada Dira Abu Zahar kita doakan dia akan berjaya dalam bidang yang diceburunya walaupun tidak lagi bersama Melodi.
- Awal Ashaari Sah Ganti Dira Dalam Melodi
