Banglo Lisa Surihani Rekaan Yusry

by MediaKini on 25 May, 2012

in Info Riadah

Share:

Banglo Lisa Surihani Rekaan Yusry ke?? Yusry KRU atau nama penuhnya Yusry Abdul Halim mengakui telah mereka sebuah banglo khas untuk isterinya, Lisa Surihani di kediaman elit di Country Height Resort, Kajang yang dijangka siap Julai ini.

Menurut Yusry, dia ada meminta pendapat dari Lisa mengenai rekaan mahupun hiasan di dalam banglo tersebut tetapi isterinya itu tidak mahu mengambil tahu kerana ketika itu mereka baru merancang untuk berkahwin.

“Rumah itu telah mula dibina pada bulan November tahun lepas sebelum kami berkahwin. Pada masa itu saya dan Lisa baru merancang mahu berkahwin. Bila saya beritahu mengenai rumah padanya, dia tidak mahu tahu sangat mungkin dia fikir masa itu kami belum ada ikatan yang sah.

“Bila dah kahwin, saya tidak sangka pula cita rasa kami serasi. Jadi, tiada masalah. Saya dan Lisa membeli perabot bersama dan semua cita rasa kami serasi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. – Banglo Lisa Surihani Rekaan Yusry

5.0

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: