Barcelona Juara Copa del Rey! Pagi tadi waktu Malaysia, Barcelona telah berjaya menjuarai Piala Copa Del Ray iaitu Piala Raja Sepanyol dengan mengalahkan Athletic Bilbao dengan jaringan 3-0 di Stadion Vincente Calderon, Sepanyol.
Gol Barcelona dijaringkan oleh Pedro pada minit ke 3 dan 25, manakala Messi pula menjaringkan gol pada minit ke 21. Kemenangan ini dianggap sebagai pengubat kekecewaan mereka kerana gagal menjuarai La Liga yang di menangi oleh Real Madrid.
Dalam perlawanan yang didominasi oleh pemain Barcelona, pasukan Athletic Bilbao gagal menyaingi rentak Barcelona meskipun cuba mengasak pada separuh masa kedua.
Kesemua gol Barcelona adalah dalam separuh masa pertama perlawanan.
Pasti peminat Barcelona di Malaysia tersenyum puas sekarang…
Barcelona Juara Copa del Rey – forblogger | Sukan |



