Bayaran Pampasan Perkeso Meningkat

by Malaysia Kini on 25 May, 2012

in Info Terkini

Share:

Bayaran Pampasan Perkeso Meningkat ? Bayaran pampasan perkeso meningkat dan ini merupakan satu perkara baik kepada semua pekerja dimana seiring dengan meningkatnya jumlah kemalangan di tempat kerja.

Bayaran Pampasan Perkeso Meningkat

Perkeso Membela Hak Pekerja

Kementerian Sumber Manusia berasa risau terhadap peningkatan jumlah kemalangan di tempat kerja yang turut mengakibatkan pembayaran pampasan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) meningkat sehingga mencecah RM1.8 bilion pada tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan berkata,  jumlah kemalangan menaik dengan ketara apabila statistik menunjukkan sebanyak 59,897 kes berlaku pada tahun lalu berbanding 57,639 kes pada tahun 2010.

“Daripada jumlah terbabit seramai 1,254 orang menemui maut, 16,019 hilang upaya kekal dan 58,643 orang kehilangan upaya sementara dengan kebanyakannya membabitkan pekerja yang berusia 40 tahun dan ke bawah.

“Kajian pula mendapati kemalangan tertinggi berlaku ketika pekerja berulang-alik ke tempat kerja berbanding kemalangan di tempat kerja,” katanya ketika menutup Seminar Kedua Ke Arah Pembangunan dan Kelestarian Budaya Keselamatan Pekerja di Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini. – Forblogger | Berita Terkini

5.0

Previous post:

Next post: