Bercerai Dengan Adi Bukan Sebab Orang Ketiga

by Black Hat on 23 May, 2012

in Info Artis

Share:
Bercerai Dengan Adi Bukan Sebab Orang Ketiga

Sidang Media Bersama Adi Putra Isu Cerai

Bercerai dengan Adi Putra bukan sebab orang ketiga ok? Aida yang adalah isteri Adi Putra menegaskan keputusan bercerai mereka suami isteri bukan timbul kerana orang ketiga.

Aida yang berada pada sidang media khas mengenai isu perceraian rumah tangga mereka di Hotel Park Royal malam tadi menjelaskan bahawa kemelut yang selama ini melanda rumah tangga mereka sejak April 2006 langsung tiada kena mengena dengan orang ketiga seperti tekaan segelintir peminat sebelum ini. Malah menurut Aida, dia dan suaminya telah berbincang dan tidak menyalahkan mana-mana pihak jauh sekali mengaitkan Nora Danish.

Selain menyifatkan keajaiban yang wujud dalam rumah tangga mereka sebagai suatu yang berharga, Aida juga menjelaskan bahawa keputusan mereka membawa masalah rumah tangga mereka ke mahkamah hanya untuk memfailkan sahaja dan tidak wujud perceraian. Beliau juga terkejut bagaimana orang di luar sana sudah mengatakan mereka sudah bercerai walhal mereka masih bersama, cuma masih memerlukan sedikit waktu untuk berbincang dan menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Dalam pada itu, Aida juga menegaskan bahawa permasalahan yang dilalui mereka bukan juga disebabkan tidak mendapat cahayamata yang menyerikan rumah tangga mereka.

“Ada juga pihak membuat spekulasi kononnya perkara ini berlaku sebab ketiadaan zuriat. Persoalan itu tidak pernah timbul. Kalau tiada zuriat, kami masih boleh mengambil anak angkat. Semuanya hanya kerana masalah ketidaksefahaman dan hanya kami berdua saja yang tahu.” jelas Aida yang sebelumnya merupakan isteri kepada Zul Handy Black.

Beliau turut menyifatkan segala yang berlaku ini bukanlah satu kesilapan, namun diambil sebagai satu pengajaran buat dia dan Adi Putra dalam mengukuhkan lagi hubungan suami isteri.

“Hidup harus diteruskan, selepas ini kami akan menjalani rutin harian seperti sediakala dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing seperti biasa juga” Jelas Aida tersenyum sebeujm mengakhiri sesi.

5.0

Previous post:

Next post: