Chelsea lawan Bayern Munich. Chelsea telah menjadi juara kejohanan Liga Juara-juara dengan menewaskan Bayern Munich 4-3 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan baru-baru ini.
Pemenang ditentukan dengan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1 sama selepas 120 minit perlawanan berlangsung.
Dalam perlawanan yang penuh dramatik, yang berlangsung di tempat sendiri – di Munich, Jerman, Bayern Munich sepertinya akan muncul sebagai johan apabila Thomas Mueller menjaringkan gol pada minit ke-83.
Bagaimanapun permainan diteruskan ke masa tambahan selepas Didier Drogba menjaringkan gol pada minit ke-88 dan Chelsea dari England muncul juara melalui sepakan penalti itu. Tahniah diucapkan kepada pasukan Chelsea kerana memenangi UEFA Cups ini.

