Dato Syed Zainal Sah Letak Jawatan?

by Harian Malaya on 29 May, 2012

in Info Terkini

Share:

Dato Syed Zainal Sah Letak Jawatan?! Sah…akhirnya berita mengenai perletakan jawatan Dato Syed Zainal menjadi kenyataan berikutan beberapa kenyataan media yang telah dikeluarkan hari ini (selasa 29 Mei 2012).

Tamat sudah teka teki selama ini yang membelenggu peminat automotif dan juga Proton mengenai jawatan Syed Zainal sebagai Managing Director (MD) di Proton. Pengumuman ini jua hanya berlaku beberapa hari selepas CEO Lotus, Dany Bahar digantung tugas oleh DRB Hicom.

PROTON Holdings Berhad (PROTON) hari ini ingin mengesahkan perletakan jawatan Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad (PROTON), berkuatkuasa pada 4 Julai 2012.

Dato Syed Zainal Abidin Sah Letak Jawatan

Dato’ Sri Haji Syed Zainal telah berkhidmat dengan PROTON selama lebih enam tahun dan pihak PROTON amat berterima kasih atas sumbangan beliau kepada syarikat. Beliau telah membuat keputusan untuk meninggalkan PROTON atas kemahuan dan kepentingan sendiri dan pihak PROTON menghormati keputusan beliau.

PROTON juga mengumumkan perletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Encik Azhar bin Othman daripada PROTON, bermula pada 6 Julai 2012. Pihak PROTON seterusnya mengharapkan yang terbaik untuk mereka berdua pada masa depan.

Ketua Pegawai Kewangan Encik Azhar bin Othman

Berikutan pemergian Dato’ Sri Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif PROTON, Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil akan meneruskan peranan dan kepimpinan beliau dalam menerajui syarikat agar terus mara ke hadapan.

Wolfgang Karl Epple

Gambar diatas adalah antara tenaga kerja yang pernah menjadi nadi kepada Proton sebelum ini, Wolfgang Karl Epple antara yang telah menamatkan perkhidmatan dengan Proton selepas pelancaran Proton Preve dahulu.

 

Dato Syed Zainal Sah Letak Jawatan – Forblogger | Berita Terkini

5.0

Previous post:

Next post: