David Teo Ugut Kamal Adli

by MediaKini on 24 May, 2012

in Info Artis

Share:

David Teo Ugut Kamal Adli? Benarkah Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) MIG Movie Production, David Teo telah mengugut Kamal Adli dengan menghantar SMS berunsur ugutan supaya hadir ke prebiu filem terbitannya, Aku Ada, Kau Ada? yang turut dilangsungkan serentak dengan Prebiu Filem Gerimis Mengundang?

David Teo dikatakan menjadi punca kepada penangguhan prebiu filem arahan Ahmad Idham, Gerimis Mengundang (GM) yang sepatutnya diadakan pada Isnin, 21 Mei di TGV, KLCC.

Ikuti pula interview bersama Ahmad Idham berkenaan isu ini di link [ Ahmad Idham Rasa Disabotaj David Teo] ini.

Menurut sumber yang  boleh dipercayai, David Teo telah menghantar SMS kepadapelakon utama filem Gerimis Mengundang, Kamal Adli,  meminta supaya dia menghadiri prebiu filem terbitannya, Aku Ada, Kau Ada?  yang turut  dibintangi oleh pelakon ini. Jika Kamal Adli tidak menuruti permintaan tersebut, pihak MIG akan mengambil  tindakan saman ke atasnya.

Prebiu filem Aku Ada, Kau Ada? dilangsungkan serentak pada hari dan waktu yang sama dengan filem Gerimis Mengundang cuma berbeza lokasi iaitu di Cathay Cineplex, Cineleisure. – David Teo Ugut Kamal Adli

5.0

Previous post:

Next post: