Dira Bukan Nak Raih Rating Dalam Melodi

by Harian Malaya on 7 May, 2012

in Info Artis

Share:

Dira bukan nak raih rating dalam Melodi ok? Baru-baru ini Dira mengaku bukan nak raih rating di Melodi setelah pelbagai kontroversi melibatkan dirinya dan melodi.

Melodi

Pengacara Dira Abu Zahar menganggap tugasnya itu sekadar memenuhi peranannya sebagai seorang pengacara. Malah, tidak mungkin dapat menambah jumlah penonton rancangan itu memandangkan pengaruhnya dalam dunia hiburan selama ini tidaklah begitu kuat.

“Sejak mula lagi ditawarkan menjadi pengacara Melodi, saya merasakan mereka ingin mengambil saya kerana bakat bukannya untuk menarik perhatian atau rating penonton.

“Saya tahu bahawa “Dira Abu Zahar” tidak mungkin dapat mempengaruhi penonton untuk menaikkan rating kerana populariti saya.

“Cuma, semasa mengendalikan rancangan itu, saya hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin,”

Sebelum ini penerbit rancangan itu, Azman Abd Ghafar mendakwa pengacara itu kurang memberikan impak kepada penonton dan disifatkan tidak sesuai mengendalikan program hiburan tersebut.

Malah Dira dikatakan tidak mempunyai keserasian bersama gandingannya, Zizan Razak, walaupun banyak kemajuan yang ditunjukkan sepanjang setahun mengendalikan program tersebut.

Namun, walaupun dianggap kurang serasi bersama Zizan, Dira berasa gandingan mereka berdua tidak mempunyai sebarang masalah.

“Sepanjang saya dan Zizan bekerjasama, kami tidak pernah mempunyai masalah. Kami tahu dengan peranan masing-masing. Malah pembawaan karakter saya dalam Melodi sentiasa berubah, agar penonton tidak berasa bosan.

“Tetapi, jika pihak Melodi berkata kami mungkin kurang serasi, saya tidak boleh buat apa-apa kerana mereka lebih tahu,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia berasa sedikit terkilan kerana terpaksa direhatkan sejak sebulan yang lalu bagi menyelesaikan dakwaan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur.

“Siapa yang tidak terkilan apabila terjadi perkara seperti ini, kerana sudah setahun saya bersama Melodi, pasti saya rindu untuk kendalikan program itu bersama Zizan.

“Apa-apa pun saya terima sahaja keputusan daripada pihak TV3. Lagipun saya rasa semua ini ada hikmahnya kerana jika dahulu saya terpaksa menangguhkan hasrat untuk menyambung pelajaran kerana Melodi, kini saya menggunakan rehat saya untuk tujuan itu,” ujarnya.

Ramai juga meramalkan Ogy Ahmad Daud bakal menggantikan Dira di Melodi. Walaubagaimanapun, kita tunggu dan lihat sahaja siapa yang bakal mengisi tempat yang Dira tinggalkan. Baguslah kalau Dira bukan nak raih rating dalam melodi.

5.0

Previous post:

Next post: