Dira Tidak Sesuai Di Melodi!! Begitulah kata-kata yang dikeluarkan oleh penerbit rancangan Melodi apabila ditanya sama ada Dira akan diambil semula untuk mengendalikan rancangan gosip panas dunia hiburan, Melodi.

Dira yang sebelum ini dikatakan telah dibuang dari rancangan Melodi kerana didakwa mencederakan seorang wanita di sebuah pusat hiburan setelah berlaku salah faham. Tempat Dira di rancangan Melodi kini digantikan oleh bekas pengacara Melodi iaitu Wahid dan Fauziah Ahmad Daud. Malah Awal Ashaari juga pernah digandingkan dengan Zizan untuk mengendalikan rancangan tersebut. Pihak pengurusan Melodi telah mengambil keputusan untuk memilih Awal sebagai gandingan pengacara baru dengan Zizan bermula 20 Mei.
Menurut penerbit rancangan Melodi, Azman Abdul Ghafar, rating rancangan Melodi tetap sama walaupun tanpa kehadiran Dira Abu Zahar. Tambahnya lagi, Dira tidak sesuai mengacarakan program seperti Melodi tetapi lebih sesuai mengacarakan program berbentuk pengembaraan.

{ 1 trackback }