Dompet Lelaki Merbahayakan Kesihatan

by Malaysia Kini on 31 May, 2012

in Info Riadah

Share:

Dompet Lelaki Merbahayakan Kesihatan ? Perhatian kepada semua kaum lelaki. Sila ambil perhatian dan diminta menyebarkan artikel ini kepada kawan-kawan anda dengan menekan butang Share dibawah ! Teruskan membaca.

Dompet Lelaki Merbahayakan Kesihatan

Menyimpan Dompet Di Saku Belakang Mengundang Padah

Majoriti lelaki suka meletakkan beg duit mereka di belakang poket seluarnya. Perkara ini bertujuan memudahkan mereka mencapai beg duit mereka dan memudahkan penggunaan.

Apabila wallet diletakkan di saku belakang, secara automatiknya pula mereka akan duduk di atas wallet tersebut. Akan tetapi ramai yang tidak tahu akan kesan buruk yang bakal menimpa jika mereka duduk di atas dompet dalam jangka masa yang lama.

Dompet Lelaki Merbahayakan Kesihatan

Gambar X ray

Perbuatan meletakkan wallet di saku belakang seluar boleh mendatangkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah dan tidak sekata.

Jadi, bagi memastikan tulang belakang anda terus sihat, digalakkan menggunakan poket di bahagian depan sahaja. Pemanduan yang lebih daripada setengah jam sambil duduk di atas wallet, bakal meningkatkan potensi untuk mendapat sakit belakang yang berpanjangan.

Pada peringkat awal sindrom sakit belakang mungkin tidak akan berlaku dan hanya akan nampak bertahun kemudian. Sakitnya bermula dari pinggang sehingga ke kaki. Perbuatan duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang panjang, kebiasaanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat.

Biasakan membuat aktiviti regangan selepas sejam duduk dikerusi dan berjalan-jalan bagi melancarkan pengaliran darah. Ini dapat mengurangkan risiko sakit belakang dan mampu mengurangkan risiko serangan jantung.

Forblogger berharap agar pembaca dapat mengelakkan diri daripada duduk di atas dompet atau duduk diatas permukaan yg tidak rata dalam jangka masa yang lama. Pembaca diminta agar mengambil berat akan kesihatan diri dan sentiasa mengambil langkah awal untuk pencegahan.

Mohon anda Share / Like / Tweet, artikel ini bagi menyebarkan info ini kepada rakan yang lain.

|Info Riadah|

5.0

Previous post:

Next post: