Filem Mantera Bertaraf Antarabangsa

by Malaysia Kini on 19 May, 2012

in Info Artis

Share:

Filem Mantera Bertaraf Antarabangsa . Adakah filem Mantera sertaraf filem antarabangsa ? Filem ini dilihat seakan-akan filem Transformers dan kualiti filem Mantera juga menandingi filem arahan Michael Bay itu.

Filem Mantera Bertaraf Antarabangsa

Poster Filem Mantera

 

Tahniah diucapkan kepada  syarikat produksi, Flare Studios Sdn Bhd kerana berani mempertaruhkan filem Mantera yang bercorak Sains Fiksyen bertaraf antarabangsa dengan kos yang besar, RM8.5 juta .

Filem ini diarahkan oleh Mohd Aliyar Al- Kutthy dan dibintangi barisan pelakon handalan dan berbakat seperti Tomok, Shiqin Kamal, Kamaliya, Faezah Elai dan Yank Kassim.

Filem ini juga mendapat kerjasama daripada artis antarabangsa seperti Wael Al-Masri (Dubai), Mikhail Dorojkin (Russia), pelakon seni mempertahankan diri Russia Saide Dashuk-Nighmatulin, Daria Markova (Russia) dan penyanyi pop Ukraine serta pemenang Mrs. World 2008,Natalya Shmarenkova (Ukraine).

Filem Mantera mengisahkan perbalahan antara dua group rahsia yang menguasai dunia dari sbelakang tabir – ‘Alliance of Light’ dan ‘Dark Legions’.

Filem Mantera Bertaraf Antarabangsa

Tomok Sebagai Watak Utama

Kumpulan Dark Legions melalui syarikatnya Weston Tech telah membangunkan satu secret weapon dinamakan MANTERA iaitu singkatan kepada ‘MAN Transformable Exo-Robotic Armor’; sistem motosikal  dan sarung tangan nano yang boleh berubah bentuk menjadi baju perisai robotik.

Bagaimanapun, ketua projek reka cipta MANTERA iaitu Dr. Natasya yang mengetahui niat jahat syarikat itu telah mensabotaj dan musnahkan sistem MANTERA sebelum menghilangkan diri dengan pelan  skematik dan ‘blue print’ MANTERA.

Sisa-sisa dan cebisan MANTERA secara tidak sengaja dihantar kepada seorang pelajar IT di Malaysia bernama Azman. Azman dengan bantuan rakan karibnya, Kevin membina semula MANTERA sehingga menjadi motor.

Tanpa disedari, motor itu mampu bertukar jadi baju perisai robotik yang beri kekuatan dan kepantasan ‘superhero’ kepada pemakainya! Apa akan berlaku seterusnya? Saksikannya di pawagam nanti. Tonton filem ini beramai-ramai di pawagan kelak. Ayuh kita      menyumbang kepada industri tanah air kita.

 

5.0

Previous post:

Next post: