Filem Terbaru dan Terakhir Jackie Chan! Chinese Zodiac merupakan filem terbaru lakonan Aktor Lasak paling popular di Asia, Jackie Chan. Filem ini juga merupakan filem terakhir lakonan beliau.
Tiada lagi aksi hebat dan lucu dari bintang ternama ini dimana beliau sangat terkenal dengan aksi lasak dan aksi lucunya. Beliau memang cukup dikenali sebagai bintang filem aksi yang tiada tandingannya sehingga mengalahkan aktor lasak barat. Semua aksi lagak ngeri dilakukan sendiri oleh Jackie dalam setiap filem lakonannya.
Menurut Jackie Chan,yang umur 58 tahun, sudah tiba masa dia mengundurkan diri dari filem aksi sebegitu. Selain faktor umur, dia tidak senang dengan keganasan yang kian melanda dunia sekarang.
Itu prinsip dirinya. Ketika sidang media filem terbarunya, Chinese Zodiac, minggu lalu, Chan mengumumkan itu adalah filem aksi terakhirnya. Kemungkinan dia akan bersara dan bergerak aktif dalam usaha menghapuskan keganasan yang berlaku dalam dunia ini melalui aktivitis-aktivitisnya.
“Badan saya sudah penat, saya pun bukannya muda lagi. Saya sangat sukakan aksi, tetapi saya tidak sukakan keganasan yang berlaku di sana sini sekarang. Saya juga ingin menjadi pelakon sejati yang bukan hanya tahu membawakan watak aksi dan komedi sahaja.” kata Jackie Chan yang bersedia berbakti untuk dunia.
Jackie Chan merupakan hero kepada semua golongan umur. Perwatakannya yang ceria dan lucu mampu menghiburkan semua orang. Walaubagaimanapun, makluman berkenaan persaraan beliau telah memberi impak yang besar kerana industri hiburan telah kehilangan khidmat dan karya seorang pelakon yang sangat hebat dan berbakat. - Forblogger.


