Fizz Fairuz dan Almy Nadia

Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Nikah 2012

Fizz Fairuz dan Almy Nadia nikah 2012? Pasangan selebriti, Fizz Fairuz dan Almy Nadia dikatakan bakal bernikah tahun 2012 ini.

Fizz Fairuz mengakui ibunya turut mendesak agar dia mempercepatkan perkahwinannya dengan Almy Nadia. perkara itu sudah beberapa kali berlaku kerana orang tuanya mahu melihat dia dan Almy agar berkahwin secepat mungkin.

“Sejujurnya, saya belum terfikir bila yang waktu paling sesuai untuk mengahwini Almy. Memang orang tua saya sudah bertanya beberapa kali tentang perkara itu.

“Cuma, buat masa ini kalau boleh saya ingin Almy mengembangkan lagi kerjaya lakonannya sebelum kami berkahwin,” katanya yang ditemui selepas pratonton filem Nur Kasih The Movie (NKTM) di TGV KLCC, di sini, Rabu.

Fizz Fairuz dan Almy Nadia

Sebelum ini kedengaran desas-desus yang mendakwa hubungan mereka bermasalah, tetapi pantas dinafikan oleh Fizz Fairuz

“Hubungan saya dan Almy berjalan dengan baik dan tiada sebarang masalah.

“Kalau ada pun, masalah kecil yang biasa sepertimana pasangan lain. Adatlah, orang bercinta ada ketikanya mesti ada salah-faham tapi tidaklah sampai ke tahap hubungan kami putus atau bergaduh.”Pelakon Almy Nadia benar-benar terkejut selepas mendengar laporan kekasihnya iaitu Fizz Fairuz berhasrat untuk mengahwininya pada tahun ini.

Walaubagaimanapun, Almy Nadia tidak dapat memberi sebarang reaksi berhubung kenyataan itu kerana tidak mengetahui apa-apa tentang hasrat Fizz Fairuz.

“Maafkan saya kerana tidak dapat nak komen kerana langsung tidak mengetahui perkara itu dan rasanya tidak patut saya berkata apa-apa mengenai benda yang saya sendiri tidak pasti.

“Saya terkejut dan sejujurnya tidak tahu reaksi apa yang ingin diberi mengenai laporan berkenaan,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Fizz telah memasang niat untuk mengahwini Almy pada tahun ini dan perkara itu akan menjadi kenyataan selepas ibunya kembali mengerjakan umrah pada bulan Jun depan sebelum menetapkan tarikh pernikahan.

Dalam pada itu, Almy berkata, dia bukan cuba mengelak daripada pihak media mengenai perkara tersebut tetapi tidak pernah dimaklumkan oleh Fizz tentang hasrat hatinya itu.

“buat sementara waktu ini biarlah Fizz yang membuat kenyataan kepada pihak media namun dia enggan membuat sebarang kenyataan balas kerana takut tersilap kata”.

“Sebelum ini peminat dan media sering bertanya kepada saya mengenai hubungan kami sehingga pada satu tahap saya rasa malu.

“Jadi sekarang biarlah Fizz yang bercakap kepada mengenai hubungan kami kerana tidak manis saya turut bercakap mengenai hal yang saya sendiri tidak tahu dan tidak dimaklumkan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Almy mahu mengambil pendekatan untuk membuka mulut apabila tiba masanya nanti bagi menjelaskan semua perkara yang menjadi tanda tanya ramai pihak selama ini.

“Sama ada Fizz masuk meminang atau tidak saya akan beritahu nanti serta mengenai apa yang terjadi tetapi bukan sekarang, suatu hari nanti. Buat masa ini biarlah Fizz yang memberi komen.

“Saya sedar pelbagai tohmahan orang buat mengenai hubungan kami dengan mengatakan bahawa kami telah putus cinta. Rasanya tak baik berkata begitu kerana ia boleh menjadi satu doa buat saya dan Fizz,” jelasnya.

Rasanya sudah bertahun juga pasangan serasi ini menyulam cinta mereka. Kami doakan berita Fizz Fairuz dan Almy Nadia nikah 2012 ini menjadi kenyataan.

Harian Malaya

Hi Harian Malaya adalah SEO Warrior di forblogger.net news portal. Harian Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada yang lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

3 thoughts on “Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Nikah 2012

Leave a Reply