Gaji Minimun : Dilarang Naikkan Harga Barang

by Black Hat on 24 May, 2012

in Info Terkini

Share:

Gaji minimum – dilarang naikkan harga barang ok? Majikan atau syarikat adalah dilarang tegas menaikkan harga barang sewenangnya dengan alasan kenaikan gaji minimum sektor swasta yang beberapa bulan lagi akan berkuat kuasa.

Gaji Minimun - Dilarang Naikkan Harga Barang

Jadual Kenaikan Gaji Minimum Sektor Swasta

Datuk Seri Zainal Rahim Seman yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia berkata kerajaan akan sentiasa memantau penyelewengan kenaikan harga barangan dan jika perkara itu berlaku, tindakan tegas akan dikenakan serta merta.

Walaubagaimanapun, katanya kemungkinan isu beban majikan ekoran kenaikan gaji minimum sektor swasta itu akan disalurkan pula kepada pengguna menerusi kenaikan harga barangan adalah harus tidak akan timbul kerana pelaksanaan gaji minimum hanyalah melibatkan kos pengeluaran yang kecil.

“Penetapan gaji minimum hanyalah mewakili sebahagian kecil sahaja kos pengeluaran dan ianya tidak akan menyumbang kepada harga tinggi terutamanya ketika negara berada dalam tempoh harga sederhana dan ini telah diakui oleh Bank Negara Malaysia (BNM)”, jelasnya ketika ditemu bual.

Beliau juga turut menegaskan tidak ada sebarang alasan daripada majikan untuk tidak melaksanakan gaji minimum seperti yang ditetapkan untuk rakyat yang mencari rezeki disektor swasta kini.

5.0

Previous post:

Next post: