Saham Facebook Jatuh ! Facebook mulai perdagangkan sahamnya di bursa saham Nasdaq pada Jumaat (18/5/2012) yang lalu. Pada awal perdagangan, saham facebook melonjak naik 42,50 dollar AS.
Bagaimanapun, harga saham Facebook mulai jatuh lebih lima peratus semalam selepas ia menjunam jatuh 11 peratus kelmarin. Dalam dagangan semalam, harga saham itu ialah pada AS$31.92 (RM) merosot berbanding AS$34.03 (RM) kelmarin.
“Pelabur runcit takut untuk membeli saham Facebook. Kebanyakan orang sebelum ini menyangka ia satu pelaburan yang amat menguntungkan.
“Justeru apabila situasi sebaliknya berlaku, tiada siapa tahu sejauh mana saham ini akan merudum,” kata Eksekutif Dana Internet Sosial, Lou Kerner.
Saham Facebook sebelum ini dibuka pada harga AS$38 (RM118.63) seunit yang merupakan tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar di AS.
Kemungkinan antara sebab terbesar kejatuhan saham Facebook ialah sentimen negatif sebahagian pelabur yang sangsi sama ada Facebook dapat terus berkembang dan mencatat lebih banyak keuntungan pada masa depan.
Harga Saham Facebook Jatuh - Forblogger | Info Riadah

