Harun Salim Bachik lepaskan jawatan Presiden seniman? Harun Salim Bachik selaku Presiden seniman mengumumkan bakal melepaskan jawatan tersebut.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu dikatakan tidak akan bertanding dalam pemilihan ahli jawatankuasa pada Mesyuarat Agung Seniman bagi penggal baru 26 Mei ini.
Harun membuat keputusan mengejut ini kerana merasakan dirinya tidak boleh memberi komitmen penuh terhadap persatuan kerana bebanan kerja dan mempunyai masalah kesihatan.
Walaubagaimanapun, Harun menegaskan pengundurannya tiada kaitan dengan pelbagai isu yang timbul bersama timbalan persatuan itu, Zed Zaidi yang dikatakan sering menjalankan aktiviti Seniman tanpa pengetahuannya.
Harun juga merasakan Zed Zaidi adalah individu yang layak untuk menggantikan tempatnya berdasarkan potensi besar dan dilihat cukup bersemangat dalam memperjuangkan hak artis-artis tempatan.
Sebelum ini, Harun dipilih menerajui Seniman pada 18 Disember 2010 setelah menang tipis sebanyak 78 undian berbanding Datuk Mustapha Maarof yang mendapat 74 undian pada pemilihan yang lalu.
Kami juga bersetuju dengan pendapat Harun yang mengatakan Zed Zaidi antara individu yang layak menggantikan tempat beliau. Nanti bolehlah mengundi Zed pula selepas Harun Salim Bachik lepaskan jawatan Presiden seniman.
